Utusan Borneo (Sarawak)

EUFF kembali dengan 21 filem gondol anugerah ditayangka­n

-

KUALA LUMPUR:

Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) ke-17 telah pun bermula pada 20 Okt lepas sehingga 30 Okt ini dengan 21 filem dan dokumentar­i dari 19 negara Eropah yang menggondol anugerah ditayangka­n di pawagampaw­agam terpilih Golden Screen Cinemas (GSC).

Pawagam itu ialah GSC Mid Valley, 1Utama dan Pavilion KL (20 hingga 30 Okt), GSC Gurney Plaza di Georgetown, Pulau Pinang (3 hingga 9 Nov), GSC CityOne Megamall di Kuching, Sarawak (17 hingga 23 Nov) dan GSC Suria Sabah di Kota Kinabalu, Sabah (1 hingga 7 Dis).

Bakal Duta Eropah dan Ketua Delegasi ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez dalam ucapan pembukaan pada tayangan filem EUFF di GSC Pavillion di sini barubaru ini berkata delegasi itu sekali lagi mengalualu­kan peminat filem Malaysia untuk menonton filem-filem terbaik Eropah.

“Kami menggalakk­an rakan-rakan di Malaysia datang dan menonton satu daripada filem-filem tersebut, yang berbeza daripada filem-filem ‘box office’ yang biasa ditayangka­n di pawagam utama.

Sejak edisi pertama EUFF pada 2000, ia telah menghimpun­kan bersama peminat filem, pelajar, ekspatriat, keluarga dan mereka bagi menikmati filem pertama “berbahasa asing” untuk menimba pengalaman menonton filem pawagam Eropah yang menghiburk­an,” kata beliau.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang merasmikan acara itu berkata: “apabila sebuah filem ditayangka­n di luar sempadan negara itu kepada penonton asing, ia berfungsi sebagai platform paling sesuai untuk pertukaran budaya.

“EUFF, bukan sahaya menayangka­n filem-filem Eropah yang menggondol anugerah tetapi memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengalami budaya Eropah dan pada masa yang sama menikmati pemandanga­n dunia tanpa perlu berada dalam kapal terbang,” kata Nazri dalam ucaptamany­a.

Beliau juga berkata industri perfileman Malaysia masih baharu berbanding di EU dan oleh itu, penganjura­n festival filem seperti EUFF boleh menjadi inspirasi kepada pembikin filem di Malaysia.

Tiket-tiket bagi EUFF berharga RM8 kecuali bagi filem ‘Children of Glory’ (Hungary), ‘Have You Ever Been on the Moon’ (Itali), ‘Living is Easy with Eyes Closed’ (Sepanyol) dan ‘Dreams of A Life’ (Inggeris) yang ditayangka­n percuma.

EUFF dianjurkan oleh Delegasi EU ke Malaysia dengan kerjasama kedutaan-kedutaan dan institusi budaya 19 Negara Anggota Kesatuan Eropah.

Maklumat lanjut mengenai jadual tayangan filem boleh didapati dengan melayari www. euff.com.my atau www. facebook.com/myeuff.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? EUFF 2016: Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (empat kiri) bergambar bersama tetamu Kesatuan Eropah ketika merasmikan Festival Filem Kesatuan Eropah ke-17 di GSC Pavilion baru-baru ini. Turut hadir Bakal Duta dan...
— Gambar Bernama EUFF 2016: Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (empat kiri) bergambar bersama tetamu Kesatuan Eropah ketika merasmikan Festival Filem Kesatuan Eropah ke-17 di GSC Pavilion baru-baru ini. Turut hadir Bakal Duta dan...
 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Nazri (kiri) berucap ketika merasmikan EUFF ke-17 di GSC Pavilion.
— Gambar Bernama RASMI: Nazri (kiri) berucap ketika merasmikan EUFF ke-17 di GSC Pavilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia