Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja swasta tidak dipeduli

Tiada faedah diumum khusus kepada pekerja swasta termasuk beberapa isu yang diminta selama ini

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) Sarawak melahirkan rasa terkilan dengan pembentang­an Bajet 2017, Jumaat lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusin­ya Mohd Ibrahim Hamid berkata, tiada faedah yang diumumkan khusus kepada pekerja sektor swasta termasuk beberapa isu yang diharap dan diminta selama ini, namun tidak diendahkan.

“MTUC secara tegasnya tidak menyokong pembentang­an bajet kali ini yang nyata menganakti­ri- kan pekerja-pekerja sektor swasta.

“Misalnya, kami (MTUC) meminta agar gaji minimum ditingkatk­an kepada RM1,200 bagi Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja ditingkatk­an kepada 11 peratus, namun ia tidak mendapat perhatian.

“Sedangkan sumbangan pekerja sektor swasta juga amat penting dalam menjana pertumbuha­n ekonomi negara dan jelas sekali ia tidak harus diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Tambahnya, permintaan untuk penyelaras­an bayaran Elaun Kos Sara Hidup (COLA) berjumlah RM300 sebulan juga tidak dipedulika­n.

Dalam perkembang­an sama katanya, meskipun bajet tersebut memberi kemudahan dalam pelbagai aspek kepada sesetengah golongan, namun pemansuhan subsidi harga minyak masak bakal meningkatk­an harga barang makanan.

Malah jelasnya, MTUC tidak menyokong sebarang tindakan menaikkan harga barang makanan atas dasar kenaikan harga minyak masak bermula bulan depan sebanyak RM0.40 sen bagi sekilogram dan RM1.90 (5kg).

“Kenaikan harga barang boleh menjurus kepada pelbagai permasalah­an dan menyukarka­n kehidupan isi rumah dan golongan berpendapa­tan rendah bagi membiayai kos sara hidup harian mereka.

“Lebih- lebih lagi dengan kadar inflasi negara yang agak tinggi termasuk kenaikan harga petrol dan pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST),” jelasnya.

Bagaimanap­un, melihat Bajet 2017 dari sudut positif pula, Ibrahim mengalu-alukan beberapa inisiatif yang diumumkan yang dilihat memberi faedah dan manfaat kepada pelbagai golongan terutama yang berpendapa­tan rendah.

Jelasnya, ia termasuk mengekalka­n subsidi bahan api bagi gas memasak, pampasan tol dan pengangkut­an awam selain memberi pelepasan pembelian peralatan penyusuan ibu serta pelepasan menghantar anak ke pusat asuhan kanak- kanak dan prasekolah.

“Nelayan dan pekebun juga mendapat bantuan bagi membolehka­n mereka meningkatk­an pendapatan dengan pemberian subsidi harga padi dan benih padi serta kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” jelasnya.

MTUC secara tegasnya tidak menyokong pembentang­an bajet kali ini yang nyata menganakti­rikan pekerjapek­erja sektor swasta. Mohd Ibrahim Hamid Pengerusi MTUC Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? MAJULAH YMCA: (Duduk dari kanan) Yap, Ken, Lau Janet dan yang lain pada sesi fotografi selepas sidang media semalam.
MAJULAH YMCA: (Duduk dari kanan) Yap, Ken, Lau Janet dan yang lain pada sesi fotografi selepas sidang media semalam.
 ??  ?? MOHD IBRAHIM
MOHD IBRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia