Utusan Borneo (Sarawak)

HANIFAH CALON PALING LAYAK • MUKA 20

Kesediaan sebagai penasihat buktikan keberanian­nya terajui FAS: Awang Mahyan

- Oleh Harry Ilias

Mungkin ia bercanggah dengan tradisi, tetapi saya percaya Datuk (Hanifah) merupakan calon paling layak memegang jawatan sebagai presiden FAS. Awang Mahyan Awang Mohamad Bekas jurulatih legenda Ngap Sayot

KUCHING: Bekas jurulatih Legenda Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohamad menyifatka­n Penasihat Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Datuk Hanifah Taib Alsree calon paling layak memegang jawatan sebagai presiden persatuan tersebut.

Menurut Awang Mahyan, kesediaan Hanifah menjadi penasihat FAS membuktika­n keberanian­nya untuk memikul tugas selaku pemimpin badan induk bola sepak negeri itu walaupun beliau seorang wanita.

“Mungkin ia bercanggah dengan tradisi, tetapi saya percaya Datuk ( Hanifah) merupakan calon paling layak memegang jawatan sebagai presiden FAS.

“Beliau mempunyai ciriciri seorang kepemimpin­an yang amat diperlukan oleh FAS untuk membawa persatuan dan pasukan Sarawak ke satu tahap yang lebih baik.

“Malah, saya percaya kehadiran beliau di Stadium Negeri pada perlawanan terakhir Liga Super 2016 Sabtu lalu menjadi pendorong kemenangan pasukan Sarawak pada perlawanan tersebut sekali gus mengekalka­n kita dalam saingan Liga Super tahun depan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Anak perempuan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu sempat berkongsi misi dan visinya sebagai penasihat FAS kepada Awang Mahyan semasa menyaksika­n perlawanan itu Sabtu lalu.

Menurut Awang Mahyan, rasa sayang Hanifah terhadap pasukan Sarawak menjadi tonik tambahan mengapa beliau calon terbaik dipilih sebagai presiden FAS.

“Sebuah pasukan bola sepak perlu mempunyai presiden yang benar- benar sayangkan pasukan untuk terus membawa pasukan itu ke arah kemajuan.

“Sikap itu akan menjadikan mereka sentiasa komited memastikan pasukan kesayangan mereka terus berjaya,” katanya.

Pada masa sama, Awang Mahyan mengakui peranan Exco lain juga amat penting membantu membawa kemajuan kepada FAS dan pasukan Sarawak pada masa akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? AWANG MAHYAN
AWANG MAHYAN
 ??  ??
 ??  ?? HANIFAH
HANIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia