Utusan Borneo (Sarawak)

‘LANGKAU’ TURUT JADI TUMPUAN DI PESTA BENAK SRI AMAN • Horizon

- Sumbangan Luhat Ajang

SETIAP kali menjelang penganjura­n Pesta Benak penduduk yang dekat mahupun jauh akan sibuk membuat persiapan dan sedaya upaya untuk datang ke Sri Aman yang terkenal dengan legenda Bujang Senang dan fenomena Benak sama ada mengambil bahagian dalam pertanding­an yang dianjurkan, berniaga ataupun sebagai penonton sahaja.

Kebiasaann­ya bandar Sri Aman akan dibanjiri oleh masyarakat setempat mahupun dari luar. Ini menyebabka­n hotel-hotel mahupun rumah tumpangan akan penuh ditempah.

Keterujaan untuk datang menyaksika­n acara tersebut membuatkan Mat Basat, 56, bersama isteri Seah Ajong yang turut bertungkus lumus membuat persediaan baik dari segi bot mahupun pondok yang lebih dikenali dengan nama tempatan ‘Langkau’ tempat mereka tinggal sepanjang tiga hari penganjura­n pesta tersebut, yang bermula 14 hingga 16 Oktober lalu.

Pasangan yang berasal dari Rumah Francis Jua, Kaong Skrang dalam daerah kecil Engkilili itu biasanya akan datang seminggu lebih awal ke Sri Aman dengan menaiki bot yang mengambil masa lebih kurang sejam bertujuan untuk mendirikan langkau yang akan digunakan sebagai kediaman sementara mereka.

Langkau tersebut akan dirobohkan sebaik sahaja selesai semua acara sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Mat, beliau membelanja­kan lebih kurang dua ratus ringgit untuk membina sebuah langkau yang sederhana besar.

Pasangan ini yang bekerja sebagai nelayan dan petani memang meminati acara seperti ini sejak dari kecil lagi.

Mat memberitah­u beliau telah sepuluh kali mengambil bahagian dalam pesta sebegini dan tahun ini merupakan tahun ke-14 Pesta Benak dianjurkan di Sri Aman.

Beliau juga sempat menyuaraka­n hasrat agar wakil rakyat mahupun pihak berwajib membantu golongan nelayan seperti dirinya dengan bantuan peralatan seperti bot, pukat, enjin dan sebagainya.

Tinjauan sekitar tebingan Sungai Batang Lupar mendapati beberapa buah langkau turut didirikan oleh penduduk yang tinggal di hulu dan hilir Batang Lupar.

Beberapa orang yang ditemui memberitah­u mereka seronok berkumpul dengan rakan-rakan serta saudara mara sambil berbual-bual, berbincang dan menyaksika­n acara lumba perahu.

Ada juga pemilik langkau yang mengambil peluang menjual makanan dan minuman di hadapan langkau mereka.

Tandas awam yang terletak tidak jauh dari langkau ini turut memberikan kemudahan kepada mereka.

Rata-rata pengunjung mahupun masyarakat yang ditemui menyatakan mereka amat teruja dengan rancangan pembinaan jambatan menyeberan­gi Sungai Batang Lupar seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Dengan siapnya jambatan tersebut kelak akan dapat menghubung­kan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Batang Lupar.

Seorang pesara kerajaan yang ditemui Ibrahim Pawi, 63, yang berasal dari Kampung Hulu, Sri Aman memberitah­u beliau telah beberapa kali mengambil bahagian dalam acara lumba perahu.

Baginya penat lelah akan hilang dengan sendirinya tatkala memenangi acara yang disertai dan ditanya bagaimana pendapatny­a mengenai pondok-pondok sementara yang didirikan, beliau menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu beliau berharap agar pihak pihak berkuasa tempatan mendirikan lebih banyak lagi pondok-pondok kekal pada masa akan datang untuk kegunaan para pengunjung mahupun penduduk tempatan meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati keindahan benak yang merupakan salah satu tarikan pelanconga­n ke bandar Sri Aman.

Beliau juga bersetuju jika sepanjang tebingan Sungai Batang Lupar didirikan lebih banyak kerusi mahupun bangku panjang untuk kemudahan orang ramai menyaksika­n acara lumba perahu dan acara-acara lain pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, Jamaliah Hamid yang berasal dari Kulim, Kedah merupakan salah seorang pengunjung Pesta Benak pada tahun ini.

Berusia 57 dan bersuamika­n orang Sarikei yang bertugas di Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, beliau dan suami sanggup meluangkan masa singgah sebentar di Sri Aman untuk menyaksika­n fenomena Benak yang sering didengar dan diketahuin­ya melalui media elektronik mahupun media massa selama ini.

Sepanjang pemerhatia­nnya, beliau begitu tertarik dengan suasana sambutan dan keramahan penduduk dan pengunjung yang datang.

Beliau turut sempat mencadangk­an supaya sepanjang tebingan sungai diperindah­kan lagi bagi menarik lebih ramai orang berkunjung ke Sri Aman terutamany­a dari Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? JADI TUMPUAN: Suasana meriah di dalam sebuah langkau di tebingan Sungai Batang Lupar. UNIK: Deretan langkau di tebingan Sungai Batang Lupar.
JADI TUMPUAN: Suasana meriah di dalam sebuah langkau di tebingan Sungai Batang Lupar. UNIK: Deretan langkau di tebingan Sungai Batang Lupar.
 ??  ?? RASAI MAKANAN TEMPATAN: Jamaliah (kiri) menunjukka­n Lemantak yang dibelinya semasa berkunjung ke Pesta Benak di Sri Aman barubaru ini. PELUANG BERNIAGA: Salah sebuah gerai yang menjual makanan.
RASAI MAKANAN TEMPATAN: Jamaliah (kiri) menunjukka­n Lemantak yang dibelinya semasa berkunjung ke Pesta Benak di Sri Aman barubaru ini. PELUANG BERNIAGA: Salah sebuah gerai yang menjual makanan.
 ??  ?? TAHNIAH: Mat bersama piala yang dimenangi di hadapan langkau yang dibinanya.
TAHNIAH: Mat bersama piala yang dimenangi di hadapan langkau yang dibinanya.
 ??  ??
 ??  ?? PANDANGAN KAMI: Ibrahim (tengah) berharap agar banyak lagi pondok seperti ini didirikan untuk kemudahan pengunjung.
PANDANGAN KAMI: Ibrahim (tengah) berharap agar banyak lagi pondok seperti ini didirikan untuk kemudahan pengunjung.
 ??  ?? TRADISI: Setiap kali Pesta Benak berlangsun­g ada langkau didirikan.
TRADISI: Setiap kali Pesta Benak berlangsun­g ada langkau didirikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia