Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sekatan jalan di Limbang hari ini

Polis nafi khabar angin operasi besarbesar­an sekatan jalan oleh polis Bukit Aman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai menafikan khabar angin diviralkan dalam aplikasi WhatsApp mengenai operasi besar-besaran sekatan jalan raya dilakukan polis Bukit Aman di bandar ini hari ini.

Menurutnya, tidak ada pegawai atau anggota trafik Bukit Aman turun ke Limbang melakukan sekatan jalan raya.

“Tidak ada pun pegawai atau anggota trafik Bukit Aman turun ke Limbang untuk melakukan sekatan jalan raya,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu panik mengenai khabar angin itu sebaliknya menunaikan tanggungja­wab membayar saman tanpa menunggu operasi sekatan jalan raya berbuat demikian.

Khabar angin mengenai sekatan jalan raya besarbesar­an itu mula diviralkan dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Antara kandungan dalam WhatsApp itu meminta orang ramai yang hendak ke bandar ini agar berhati-hati kerana PDRM dari Bukit Aman mengadakan sekatan secara besar- besaran di bandar ini.

Turut disebarkan, dakwaan pegawai polis Bukit Aman

Tidak ada pun pegawai atau anggota trafik Bukit Aman turun ke Limbang untuk melakukan sekatan jalan raya. Superinten­den Mohd Bukhori Ketua Polis Daerah Limbang

yang sudah sampai di Limbang untuk membuat sekatan jalan raya dan kesalahan trafik selain saman akan dikeluarka­n semasa sekatan dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia