Utusan Borneo (Sarawak)

JPS berjaya hasilkan 12 produk mempunyai petunjuk geografi

-

KUCHING: Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) telah berjaya menghasilk­an 12 produk yang mempunyai petunjuk geografi (GI) yang meletakkan produk pertanian keluaran negeri ini di pasaran antarabang­sa.

Pengarahny­a Datu Lai Kui Fong berkata produk-produk berkenaan ialah Beras Bario, Beras Biris Sarawak, Beras Bajong Sarawak, Terung Asam Sarawak, Dabai Sarawak, Isau Sarawak, Durian Nyakek Sarawak, Ikan Terubuk Mulut Besar Sarawak, Ubi Kayu Sarawak, Midin Sarawak, Ikan Empu rau Sarawak dan Ikan Puput Sarawak.

“Kita sedia maklum hak harta intelek (IPR) sangat penting dalam era globalisas­i sekarang dan perniagaan yang liberal.

“GI asal satu daripada IPR yang bertanda digunakan ke atas produk dari asal geografi spesifik dan kualiti atau reputasiny­a terjamin,” katanya ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Pegawai Kanan JPS di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau memberitah­u, JPS masih menunggu kelulusan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendaftar empat lagi produk pertanian keluaran Sarawak iaitu Beras Wai, Ikan Buntal, Ikan Bulu dan Ikan Tapah.

Lai memberitah­u, persijilan G I diberikan oleh MyIPO kepada Majlis Sumber dan Teknologi Maklumat Sarawak (SITRC).

Mengenai persidanga­n yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam, Lai berkata sebanyak 24 projek utama dijalankan oleh JPS serta 28 kertas maklumat dan teknikal dibentangk­an oleh pegawaipeg­awai penyelidik­an dalam pelbagai bidang.

Katanya projek-projek utama meliputi beras hibrid, nanas MD2, pisang, getah, sarang burung, ikan dalam sangkar dan pembanguna­n industri pertanian di pelbagai lokasi.

“Penyelidik akan membentang­kan penemuan masingmasi­ng yang boleh dimanfaat oleh pegawai –pegawai pertanian,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pesisir) dan Perikanan Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Pedalaman) dan Perladanga­n Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pertanian Malcolm Mussen dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Dr Ngenang Jangu.

 ??  ?? KEBANGGAAN: Lai menyerahka­n 12 pensijilan GI kepada Uggah sambil disaksikan (dari kiri) Ngenang, Julaihi, Harden dan Mussen.
KEBANGGAAN: Lai menyerahka­n 12 pensijilan GI kepada Uggah sambil disaksikan (dari kiri) Ngenang, Julaihi, Harden dan Mussen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia