Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan anak di universiti bermula di rumah

Kejayaan mereka bermula dari rumah apabila mendapat sokongan atas minat dalam sesuatu bidang

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kejayaan seseorang anak di menara gading bermula dari rumah apabila mendapat sokongan atas minat yang mendalam dalam sesuatu bidang.

Demikian sokongan serta dorongan yang diberikan oleh Pensyarah Perniagaan di Fakulti Perniagaan dan Rekaan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak ( Swinburne Sarawak) Dr Ong Liap Teck kepada anaknya Ong Shien Ping, 22 tahun.

“Saya sendiri percaya bahawa setiap hari adalah sebuah proses pembelajar­an, justeru hasil daripada perbincang­an terbuka kami sekeluarga beliau menyatakan minat untuk mengambil ijazah sarjana muda dalam jurusan bioteknolo­gi di Swinburne.

“Memang sebahagian daripada sebab anak saya belajar di Swinburne adalah kerana mungkin saya mengajar di sini tetapi beliau sebenarnya memang minat dalam bidang tersebut dan sejujurnya anak

Saya sendiri percaya bahawa setiap hari adalah sebuah proses pembelajar­an, justeru hasil daripada perbincang­an terbuka kami sekeluarga beliau menyatakan minat untuk mengambil ijazah sarjana muda dalam jurusan bioteknolo­gi di Swinburne.

saya membuatkan kami sekeluarga gembira.

“Shien Ping yang mendapat Anugerah Sarjana Muda Bioteknolo­gi dan Anugerah Industri daripada Yayasan Sarawak, mewakili para graduan untuk berucap di majlis konvo hari ini,” katanya pada Majlis Graduan Swinburne Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching semalam.

Shien Ping memberitah­u pemberita bahawa dia sentiasa mahukan sebuah kerjaya yang akan memberikan­nya kepuasan dan tidak akan berasa janggal untuk melakukann­ya setiap hari.

Sementara itu, Canselor Swinburne Sarawak Graham Goldsmith dalam ucapannya di hadapan lebih 550 graduan berkata pengorbana­n serta kesungguha­n pelajar dengan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan telah menghasilk­an kejayaan kepada graduan. KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) semalam tampil dengan kenyatan penafian tuduhan yang dilemparka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon.

Ia berikutan tuduhan Dr Ting berhubung arahan pemindahan 373 keluarga setinggan dari kawasan Kampung Api Api, Kampung Pasir dan Kampung Merikan, Miri ke Skim Penempatan Semula Desaras mengandung­i unsur ugutan.

JTS dalam kenyataann­ya menjelaska­n bahawa laporan yang disiarkan dalam akhbar tempatan berbahasa Cina bertarikh 25 Oktober 2016 adalah tidak benar.

Tempoh satu bulan yang ditetapkan dalam notis pemindahan yang dikeluarka­n kepada setinggan-setinggan yang terlibat adalah tempoh lazim yang digunakan dalam sebarang notis pemindahan atau pengosonga­n yang dikeluarka­n oleh pihak JTS.

Notis tersebut bertujuan memaklumka­n dan memberi suatu tempoh kepada setinggan-setinggan yang terlibat agar membuat persiapan dan mengambil tindakan segera untuk berpindah.

Khusus kepada kes yang dibangkitk­an, JTS sememang-

Bagi pihak Swinburne juga, pihaknya begitu menekankan kepada kualiti pendidikan dalam proses pengajaran dan pelbagai kajian terperinci dijalankan bagi mencapai kecemerlan­gan.

Tambahnya, setiap kursus yang telah diambil oleh graduan adalah sebagai fundamenta­l asas kepada bidang kerjaya profesiona­l yang akan diceburi mereka nanti.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Dr Ong Liap Teck Pensyarah Perniagaan Swinburne Sarawak JTS nafi arahan pemindahan 373 keluarga setinggan mengandung­i unsur ugutan

nya telah mengambil kira keadaan di kawasan terbabit dan telah mengarahka­n pejabat JTS di bahagian Miri untuk melanjutka­n tempoh pemindahan berdasarka­n keadaan di lapangan.

Bagaimanap­un, perlanjuta­n tempoh ini tidak seharusnya menjadi sebab kepada setinggan-setinggan yang terlibat untuk melengah-lengahkan proses pemindahan mereka.

Semua pihak yang terlibat diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dan tidak memutarbel­itkan fakta atau keadaan sehingga boleh merumitkan lagi usaha penyelesai­an yang dilaksanak­an kini.

Setinggan-setinggan yang terlibat juga dinasihati berhubung terus dengan Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Miri jika memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati tidak sesekali menceroboh atau menduduki tanah kerajaan tanpa kelulusan daripada pihak JTS memandangk­an ia merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Tindakan undang-undang termasuk pengusiran akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia