Utusan Borneo (Sarawak)

Pejabat Kesihatan Sri Aman, KEMAS Sri Aman perkasa KOSPEN

-

SRI AMAN: Pejabat Kesihatan Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Sri Aman berusaha memperkasa Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

KOSPEN menangani masalah peningkata­n bebanan penyakit tidak berjangkit (Non Communicab­le Disease - NCD) di negara ini.

Inisiatif itu merupakan transforma­si perkhidmat­an kesihatan awam dalam usaha meningkatk­an mutu kesiha- tan rakyat melalui pemerkasaa­n program kesihatan awam.

Dalam usaha memperkasa program itu agar menyeluruh, penyelaras peringkat daerah dan KEMAS melantik sukarelawa­n terlatih terdiri daripada anggota KEMAS dan orang kampung.

Mereka diberi kursus pendek dan pengendali­an peralatan KOSPEN.

Sejak KOSPEN ditubuhkan dua tahun lalu, masyarakat sedar pentingnya membudayak­an penjagaan kesihatan.

Pembekalan peralatan setiap lokaliti memudahkan sukarelawa­n membuat saringan tahap tekanan darah, glukosa, tinggi, berat serta tahap BMI (Body Mass Index) peserta.

Penyelia Kanan KEMAS Sri Aman Fatimah Tahir berkata beliau berpuas hati prestasi pencapaian pelaksanaa­n KOSPEN di sini dan menyifatka­n kejayaan tersebut berhasil.

Menurutnya, tanpa penggemble­ngan tenaga dan komitmen tinggi semua pihak sudah pasti kejayaan itu tidak akan tercapai.

“Setakat ini daerah Sri Aman antara daerah paling aktif sejak KOSPEN ditubuhkan justeru diharap program ini dapat terus diperkasak­an,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sri Aman Dr Sharul Amri Bani Hashim mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada KEMAS atas kerjasama menjayakan program itu.

Katanya melalui program itu diharap tahap kesedaran penduduk luar bandar memelihara kesihatan berterusan dan mengurangk­an peningkata­n penyakit tidak berjangkit.

Pengisian program itu melatih sukarelawa­n seramai 30 orang terdiri daripada penduduk Rumah Banggau, Kampung Kemintin Klauh, Rumah Spitson, Rapak B, Rumah Jawan, Panggil, Rumah Lichang, Entawa Undop dan Rumah Daniel, Guntong Undop dari kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Simanggang dan Bukit Begunan.

 ??  ?? SIJIL PENYERTAAN: Dr Sharul (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.
SIJIL PENYERTAAN: Dr Sharul (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia