Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jadikan kekurangan dalam hidup, kemiskinan penghalang untuk berjaya

-

MARUDI: MenteriMud­aKerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil mengingatk­an pelajar khususnya dari sekolahsek­olah luar bandar agar tidak menjadikan kekurangan dalam kehidupan dan kemiskinan keluarga sebagai penghalang untuk berjaya dalam bidang sukan mahupun akademik.

Sebaliknya, kekurangan itu harus dijadikan sebagai kekuatan untuk berjaya sekali gus membuktika­n kepada dunia luar bahawa pelajar sekolah luar bandar mampu berjaya seperti pelajar di bandar.

“Jangan jadikan kekurangan dalam hidup sebagai halangan untuk berjaya dalam pendidikan. Buktikan kepada dunia bahawa kita dari sekolah luar bandar juga mampu ber- jaya dalam bidang akademik dan sukan,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2016 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakong, Beluru dekat sini Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu turut bangga dengan pencapaian salah seorang pelajar SMK Bakong membuktika­n pencapaian­nya dalam sukan angkat berat sehingga ke peringkat kebangsaan.

Penguang turut mengingatk­an pelajar supaya sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan perubahan budaya yang berlaku supaya bertindak dengan bijak.

“Pelajar-pelajar diingatkan jangan terjebak dengan masalah negatif seperti pengaruh dadah, alkohol dan masalah sosial serta mengelak terbabit dengan mereka yang bermasalah. Fikirlah masa depan diri dan keluarga,” jelasnya.

Beliau turut mengingatk­an pelajar supaya sentiasa mengutamak­an subjek Bahasa Inggeris namun pada masa sama tetap menguasai Bahasa Malaysia dengan baik dan cemerlang.

“Ini kerana bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan wajib lulus dalam mana-mana peperiksaa­n umum, tetapi bahasa Inggeris adalah bahasa antarabang­sa yang amat penting dan kerap digunakan dalam dunia moden serta pasaran kerja.

“Kepada yang melanjutka­n pelajaran di kolej atau universiti pilihlah kursus atau bidang bersesuaia­n dan mempunyai pasaran kerja bagi membolehka­n mendapat kerja suatu hari nanti.

“Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah dan selamat maju jaya.

“Jangan belajar setakat diploma atau ijazah sebaliknya belajar sampai ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) kerana pembelajar­an adalah sepanjang hayat,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Penguang turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 untuk PIBG SMK Bakong.

Turut hadir Pegawai Daerah Beluru Mataip Sayu, Pengetua SMK Bakong Nona Tu, pegawai-pegawai kanan serta ibu bapa.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Penguang (kiri) menyampaik­an skrol kepada pelajar cemerlang SMK Bakong sambil disaksikan yang lain.
TAHNIAH: Dr Penguang (kiri) menyampaik­an skrol kepada pelajar cemerlang SMK Bakong sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia