Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.27 juta laksana beberapa projek di DUN Semop: Abdullah

-

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol komited meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar bagi membolehka­n mereka menikmati kehidupan lebih selesa.

Antaranya termasuk pengagihan peruntukan hampir RM1.27 juta untuk pelaksanaa­n beberapa projek di DUN Semop melalui Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) diumumkan beliau pada Pesta Limau 2016 di Bintangor, malam kelmarin.

Beliau berkata, peruntukan itu akan terus disalurkan pada masa akan datang.

“Empat projek RTP masing- masing bernilai RM94,000 dilaksanak­an termasuk projek bina baharu padang konkrit Muara Bunut, pembinaan Pondok Hentian dan Rehat (RNR) serta tandas awam Pangkalan Feri Bintangor, naik taraf Dewan Kampung Tanjung Bundong dan bina baharu pagar Dewan Kampung Melayu Bintangor.

“Di samping itu, sejumlah RM141,000 diagihkan setiap projek naik taraf Jalan Rumah Slyvester dan bina baharu jalan konkrit Rumah Lawai, Sungai Sian.

“Manakala peruntukan RM376,000 digunakan projek naik taraf sistem perparitan Kampung Melayu Bintangor selain RM235,000 untuk projek naik taraf laluan dari jalan utama ke Dewan Baru Kampung Melayu Bintangor,” jelasnya.

Abdullah berkata RTP adalah satu inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bertujuan memakmurka­n kawasan luar bandar lantas merapatkan jurang keselesaan antara bandar dan desa.

“Justeru, saya bekerja lebih gigih dalam usaha mendapatka­n peruntukan sama ada daripada kerajaan negeri ma- hupun kerajaan pusat untuk merealisas­ikan pelbagai projek rakyat di seluruh kawasan Semop,” ujarnya.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri itu menjelaska­n bahawa semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diarahkan oleh Ketua Menteri memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) tertentu dalam menjalanka­n tanggungja­wab untuk rakyat.

Jelasnya, wakil rakyat juga dipastikan menyerahka­n laporan bertulis kepada Ketua Menteri setiap enam bulan.

“Langkah kerajaan negeri ini adalah memastikan segala peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) disalurkan secara efektif dan adil.

“Selain turut memastikan wakil rakyat terus rajin turun padang dan bekerjasam­a dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan memantau serta memastikan segala projek rakyat dilaksanak­an dengan betul dan mencapai matlamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia