Utusan Borneo (Sarawak)

Menyedihka­n, pertikaian tanah berakhir tragis

Insiden kematian bukti ramai pemilik NCR berdepan masalah dengan syarikat pembalakan, perladanga­n

-

KUCHING: Insiden kematian terbaharu yang berkaitan pertikaian tanah merupakan peringatan bahawa ramai pemilik tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) masih berdepan masalah dengan syarikatsy­arikat pembalakan dan perladanga­n.

Menurut Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Baru Bian, kejadian itu amat mengejutka­n lebihlebih lagi apabila berlaku empat bulan selepas pembunuhan Bill Kayong.

“Kali ini mangsa dipercayai daripada pihak syarikat tetapi isu di sini adalah nyawa hilang dengan sia-sia kerana dasar kerajaan yang memberi impak kepada punca pendapatan dan kehidupan masyarakat peribumi,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden membabitka­n kematian seorang lelaki manakala seorang lagi cedera dalam pertikaian tanah antara dua kumpulan di Sungai Arip di Ulu Balingian pada petang Isnin.

Pertikaian tanah itu difahamkan berlarutan selama beberapa bulan dan kedua-dua pihak cuba menyelesai­kannya namun ia berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki terbunuh manakala seorang ketua rumah panjang cedera dalam kejadian itu.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, pihaknya telah bertahun-tahun meminta kerajaan supaya mematuhi keputusan mahkamah untuk mengiktira­f Pemakai Menoa dan Pulau Galau sebagai sebahagian daripada tanah NCR.

“Dengan mengetepik­an tuntutan NCR yang sah ke atas Pemakai Menoa dan Pulau Galau, serta membenarka­n pihak berkuasa tanah untuk terus mengeluark­an pajakan dan pajakan sementara ke atas tanah NCR, kerajaan telah menyediaka­n asas bagi pertikaian di antara pemilik tanah peribumi dan syarikat,” katanya.

Dakwanya, pihak berkuasa bukan sahaja terus tidak mempedulik­an keputusan mahkamah tetapi juga gagal bertindak pantas apabila pertikaian timbul berhubung tuntutan NCR.

Kegagalan untuk menyiasat dengan cepat tanpa berat sebelah menyebabka­n pemilik tanah berasa dipinggirk­an dan tidak berdaya, katanya.

Beliau menegaskan, pertikaian itu tidak dapat dibiar untuk diselesaik­an antara pemilik tanah dan syarikat kerana kebanyakan syarikat mengupah gengster untuk mengugut pemilik tanah.

Demikian juga dengan tindakan mahkamah yang mungkin memakan masa bertahun-tahun untuk didengar dan diselesaik­an katanya sambil menambah, rakyat tidak dapat menangguhk­an kehidupan mereka begitu lama dan mereka tidak harus dibiarkan untuk hidup dalam keadaan tidak menentu berhubung hak tanah mereka.

“Sekali lagi saya mengulangi seruan agar Suruhanjay­a Hak Tanah ditubuhkan atau Tribunal Tanah seperti yang dicadangka­n oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum pada Januari tahun ini,” katanya.

Baru turut berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dapat menerima cadangan itu dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsun­g pada November depan.

“Selepas diberi mandat yang kuat oleh rakyat, saya berharap Ketua Menteri dan kabinetnya dapat memberi saluran ini kepada pemilik tanah peribumi untuk mengemukak­an tuntutan mereka dan menyelesai­kan pertikaian mereka dengan pantas.

“Sementara itu saya meminta siasatan yang tenang, cepat dan adil oleh polis dan saya percaya semua pihak akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat,” katanya.

Kali ini mangsa dipercayai daripada pihak syarikat tetapi isu di sini adalah nyawa hilang dengan sia-sia kerana dasar kerajaan yang memberi impak kepada punca pendapatan dan kehidupan

peribumi. ” masyarakat Baru Bian Pengerusi PKR Sarawak

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia