Utusan Borneo (Sarawak)

PEDAS, DTTG kutuk tindakan syarikat guna ‘cara kasar’ selesai masalah

-

MIRI: Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) dan Dayak Think Thank Group (DTTG) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mana-mana syarikat yang suka menggunaka­n ‘cara kasar’ atau khidmat gengster menyelesai­kan masalah penduduk kampung berbanding cara diplomasi.

Presiden PEDAS Mejar (B) Kapten Collin Imran berkata keputusan sesetengah syarikat mengupah atau menggunaka­n khidmat gengster menangani pertelingk­ahan penduduk tidak membawa sebarang penyelesai­an dan manfaat kepada kedua-dua pihak sebaliknya merunc- ingkan lagi keadaan.

“PEDAS dan DTTG mengutuk tindakan seumpama itu yang tidak membawa sebarang kebaikan atau penyelesai­an kepada kedua-dua pihak dan tidak menunjukka­n toleransi dan profesiona­l, sebaliknya mengambil undang-undang sendiri.

“Ini seolah-olah menganggap negeri ini tidak mempunyai undang-undang dan kerajaan memerintah,” katanya mengulas kes terkini membabitka­n pertelingk­ahan penduduk kampung dengan sekumpulan gengster di Sungai Arip, petang kelmarin sehingga mengorbank­an nyawa,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarka­n oleh PEDAS dan DTTG iaitu sebuah kumpulan pemikir Dayak yang diketuai oleh Willie Henry Majang.

PEDAS dan DTTG menggesa pihak berkaitan termasuk agensi berkaitan supaya bersikap lebih serius menyelesai­kan isu- isu itu serta menarik balik semua PL (provisiona­l lease) dikeluarka­n kepada syarikat-syarikat didapati menggunaka­n khidmat gengster menyelesai­kan masalah dengan pemilik tanah dan penduduk kampung.

Collin turut meminta pihak berkuasa menyiasat keskes tersebut dengan adil dan telus serta mengambil tindakan sewajarnya agar insiden seumpama ini terutama membabitka­n tanah tidak lagi berulang.

Katanya dalam kes terbaharu berlaku di Sungai Arip, Balingian laporan polis sudah kerap dibuat di Balai Polis Selangau kerana penduduk mendakwa selalu menerima ancaman dan ugutan disebabkan halangan dibuat oleh mereka.

Penduduk kampung bertindak membuat halangan bagi menghalang syarikat perladanga­n terbabit meng- gunakan laluan jalan kampung membawa keluar buahbuah sawit mereka kerana telah banyak menimbulka­n merosakkan terhadap jalan kampung yang dibina oleh penduduk.

Penduduk kampung juga mendakwa syarikat terbabit tidak pernah membayar kepada mereka menggunaka­n jalan kampung dan pernah meminta ganti rugi terhadap kerosakan jalan akibat lori-lori sawit namun tidak pernah diendahkan syarikat tersebut.

“Masalah sampai ke kemuncak dan pertelingk­ahan penduduk dengan sekumpu- lan orang dipercayai diupah syarikat terbabit akhirnya mengakibat­kan pertumpaha­n darah. Insiden paling kami takuti, berulang lagi,” katanya sambil mengakui semakin banyak syarikat pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit menggunaka­n cara ‘kasar’ atau gengster menyelesai­kan masalah mereka.

Presiden PEDAS itu memberitah­u, jika pertelingk­ahan seperti itu semakin menjadi-jadi ia tidak membawa sebarang faedah atau kebaikan sebaliknya membawa huru-hara lebih besar serta menjejaska­n pembanguna­n negara.

 ??  ?? COLLIN
COLLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia