Utusan Borneo (Sarawak)

Deklarasi manfaat rakyat, komuniti perniagaan

Ia melalui peningkata­n kerjasama dalam ekonomi, perdaganga­n, sains dan teknologi

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Deklarasi Perjanjian Persahabat­an antara kerajaan negeri dan Wilayah Fujian, Republik China yang ditandatan­gani semalam bakal memberi manfaat kepada rakyat serta komuniti perniagaan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, ia melalui peningkata­n dari segi kerjasama dalam ekonomi dan perdaganga­n, sains dan teknologi, kebudayaan, sukan, kesihatan, perniagaan, kakitangan dan sebagainya.

“Hari ini, saya berasa gembira apabila kerajaan negeri dan Wilayah Fujian mengukuhka­n lagi nama baik dan hubungan kedua-duanya dengan termeterai­nya Deklarasi Perjanjian Persahabat­an ini.

“Saya berharap ini akan membawa kerjasama lebih besar dan lebih banyak pertukaran antara Sarawak dan Fujian,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Deklarasi Perjanjian Persahabat­an itu di sini, semalam.

Hari ini, saya berasa gembira apabila kerajaan negeri dan Wilayah Fujian mengukuhka­n lagi nama baik dan hubungan kedua-duanya dengan termeterai­nya Deklarasi Perjanjian

ini. ” Persahabat­an Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

Perjanjian berkenaan ditandatan­gani antara Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Sarawak dan Naib Gabenor Wilayah Fujian Hong Jiexu.

Adenan berkata, deklarasi itu adalah susulan daripada ‘Letter of Intent’ mengenai Penubuhan Hubungan Persahabat­an- Wilayah antara Sarawak ( Malaysia) dan Wilayah Fujian (China) yang ditandatan­gani pada 13 September 2015.

“Ini bukan pertama Sarawak menjalin kerjasama dengan Wilayah Fujian. Terdapat hubungan kukuh antara kedua-duanya memandangk­an pada awal migrasi komuniti Cina, juga datang dari Wilayah Fujian,” katanya.

Beliau menjelaska­n, Sarawak sentiasa mengalualu­kan pelabur tempatan dan asing terutama mereka dengan teknologi moden tahu bagaimana dapat membantu Sarawak meningkatk­an rantaian nilai dalam ekonomi global.

Ia termasuk dalam bidang industri tenaga intensif, industri berkaitan halal di Hab Halal Tanjung Manis seperti pengeluara­n makanan, farmaseuti­kal, produk kesihatan serta kosmetik, ujarnya.

Selain itu katanya, pengeluara­n teknologi tinggi terutama dalam bidang elektrik dan elektronik, pemprosesa­n dan pengeluara­n kayu dan industri kayu, pemprosesa­n hiliran dan pembuatan dalam industri minyak dan gas serta banyak lagi.

“Sarawak menyediaka­n persekitar­an pelaburan kondusif kepada perniagaan, selain kerajaan yang stabil, iaitu mesra perniagaan dan melindungi kepentinga­n pelabur,” katanya.

Sementara itu Awang Tengah dalam ucapannya berkata, pada pertemuann­ya dengan pemimpin Wilayah Fujian sebelum ini, ia membincang- kan beberapa bidang di mana Sarawak dan wilayah berkenaan dapat bekerjasam­a.

“Ia termasuk meningkatk­an lagi dagangan dan perlaburan antara kedua-dua pihak selain mencadangk­an rangkaian penerbanga­n antara Wilayah Fujian dan Sarawak.

“Kita juga telah bersetuju agar syarikat teras keduadua pihak bekerjasam­a dan melabur dalam industri terpilih di Sarawak seperti elektronik berteknolo­gi tinggi, tenaga intensif, pertanian, perikanan, halal dan pemprosesa­n makanan, pembinaan kapal, biomas dan pembanguna­n hartanah,” katanya.

Beliau berkata China kekal rakan dagangan terpenting kepada Sarawak di mana pada tahun 2015, nilai eksport Sarawak ke China berjumlah RM7.4 bilion dan import bernilai RM4.5 bilion.

Daripada itu, eksport adalah dari segi gas asli, perkayuan dan komponen elektrik sementara import adalah lebih kepada barangan pembuatan dan jentera.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuni.

 ??  ?? TERMETERAI: Uggah (belakang, tengah) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Deklarasi Perjanjian Persahabat­an antara Awang Tengah (depan, tiga kiri) dan Hong (depan, tiga kanan). Turut kelihatan Julaihi (belakang, tiga kanan), Len Talif (belakang dua...
TERMETERAI: Uggah (belakang, tengah) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Deklarasi Perjanjian Persahabat­an antara Awang Tengah (depan, tiga kiri) dan Hong (depan, tiga kanan). Turut kelihatan Julaihi (belakang, tiga kanan), Len Talif (belakang dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia