Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak Kelab Doktor Muda wajar ditubuhkan di sekolah, kata Aidel Lariwoo

-

KUCHING: Lebih banyak Kelab Doktor Muda wajar ditubuhkan di sekolah-sekolah dalam meningkatk­an kesedaran dalam bidang kesihatan dan perubatan di kalangan pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, kelab itu merupakan landasan yang sesuai mendedahka­n para pelajar dengan gaya hidup sihat serta kerjaya dalam bidang perubatan.

Jelasnya, langkah itu penting dalam melahirkan lebih banyak golongan profesiona­l seperti doktor di negeri ini.

“Dalam kita menuju status negeri maju, jurang nisbah doktor dan orang awam yang setakat ini masih besar perlu dirapatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n Kelab Doktor Muda Peringkat Bahagian Samarahan di Auditorium Pusat Jantung Sarawak di sini, semalam.

Aidel memberitah­u, anggaran nisbah doktor dan orang awam yang sebanyak 1:3,000 jelas perlu diperbaiki lebih-lebih lagi apabila negeri mengejar status negeri maju.

Justeru katanya, penubuhan Kelab Doktor Muda di peringkat sekolah merupakan satu usaha murni oleh kerajaan yang dapat merapatkan jurang nisbah tersebut.

“Apabila anak-anak didedahkan dengan bidang perubatan (melalui Kelab Doktor Muda) di sekolah, sudah tentu ia dapat memupuk minat mereka dalam bidang tersebut,” katanya yang turut memperuntu­kkan RM10,000 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Nur Fatihah Oh Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 10 sekolah rendah dan empat sekolah menengah di kawasan Samarahan telah menubuhkan kelab tersebut.

“Kita berharap tahun depan semua PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan sekolah-sekolah dapat menyahut cabaran untuk menubuhkan kelab ini agar dapat mencapai sasaran tahun depan untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda di 20 sekolah lagi,” katanya.

Beliau turut menyentuh statistik Mobiliti Kesihatan Kebangsaan 2016 yang menunjukka­n remaja berumur 18 tahun dan ke atas kurang pengambila­n makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jelasnya, kira- kira 13.7 peratus sahaja pada tahun 2011 yang mengamalka­n pengambila­n makanan sihat dan jumlah itu kian berkuranga­n dari tahun ke tahun dan perkara itu amat membimbang­kan apabila semakin ramai individu mengalami masalah obesiti, darah tinggi dan kencing manis.

“Kita berharap kelab ini dapat menggalakk­an gaya hidup sihat selain memberi kesedaran kepada orang awam khususnya generasi muda,” katanya.

Majlis menyaksika­n seramai 100 murid daripada 10 sekolah rendah di sekitar kawasan Samarahan, Serian dan Simunjan menerima sijil dan cenderamat­a.

Konvokesye­n itu adalah bagi memberi penghormat­an kepada doktor muda yang berjaya menamatkan pengajian Modul Doktor Muda dan sumbangan cemerlang kepada program dan Kelab Doktor Muda di bahagian Samarahan selain menjadikan doktor muda teladan terbaik kepada pelajar lain dalam akademik dan kokurikulu­m.

 ??  ?? TAHNIAH: Aidel menyerahka­n sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Dr Nur Fatihah (separuh kelihatan).
TAHNIAH: Aidel menyerahka­n sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Dr Nur Fatihah (separuh kelihatan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia