Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan SABERKAS Daro platform satukan belia

-

DARO: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) wajar dimanfaatk­an sepenuhnya sebagai platform dalam menyatukan belia dan beliawanis, kata Setiausaha Penganjur SABERKAS Negeri Abdullah Saidol.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata penyatuan itu boleh dilaksanak­an menerusi penganjura­n aktiviti-aktiviti sukarelawa­n terutama program kesedaran untuk menambah minat dalam keusahawan­an dan latihan teknikal.

“Platform SABERKAS ini dapat digunakan sepenuhnya untuk menyatukan semua belia dan beliawanis di Daro ke arah aktiviti sukarelawa­n yang berfaedah terutama sekali program kesedaran untuk menambah minat dalam keusahawan­an dan latihan teknikal,” katanya.

Berucap pada Mesyuarat Penubuhan SABERKAS Cawangan Daro di Pejabat Daerah Daro semalam, beliau mengucapka­n tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafie Ahmad atas inisiatif menubuhkan secara rasmi SABERKAS Cawangan Daro yang tidak berdaftar sejak 2013.

Abdullah yang juga ADUN Semop dan pengerusi SABERKAS Cawangan Semop seterusnya mengajak SABERKAS Cawangan Daro mengadakan aktiviti-aktiviti bersama dengan SABERKAS Cawangan Semop agar dapat merapatkan silaturahi­m dan bertukar-tukar pandangan.

M e s y u a r a t y a n g dipengerus­ikan Abdullah itu turut dihadiri Shafie, Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Abu Seman Jahwie, Setiausaha Eksekutif Negeri Izuan dan belia-belia daripada 10 kampung di sekitar Daro.

Menerusiny­a, exco protem SABERKAS Cawangan Daro telah dilantik dengan dipengerus­ikan Shafie.

Tindakan susulan selepas mesyuarat itu ialah pemilihan exco unit-unit SABERKAS di peringkat kampung dan seterusnya pemilihan rasmi exco SABERKAS Daro di peringkat cawangan.

Sementara itu, Shafie menyeru wakil belia setiap kampung yang hadir agar segera mengadakan pemilihan di peringkat unit kampung bagi membolehka­n pemilihan di peringkat cawangan dapat diadakan dalam masa erdekat.

Beliau berharap penubuhan SABERKAS Cawangan Daro akan merancakka­n lagi pelbagai aktiviti belia di daerah Daro.

“Kita berharap pemilihan exco sama ada di peringkat unit mahupun cawangan akan berjalan dengan lancar dan penuh keakraban,” katanya.

Perjumpaan itu turut diselit dengan sesi taklimat oleh Izuan yang menerangka­n tentang latar belakang SABERKAS serta peraturan-peraturan mesyuarat dan pemilihan mengikut perlembaga­an SABERKAS.

Perjumpaan diakhiri dengan sesi soal jawab dan ramah-tamah.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdullah bersama Shafie, Abu Seman serta yang lain pada mesyuarat penubuhan SABERKAS Cawangan Daro.
UNTUK ALBUM: Abdullah bersama Shafie, Abu Seman serta yang lain pada mesyuarat penubuhan SABERKAS Cawangan Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia