Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan utamakan masalah infrastruk­tur luar bandar

Ia selari dengan polisi mempercepa­t proses penyediaan kemudahan asas di luar bandar

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Kerajaan memberi keutamaan menyelesai­kan masalah infrastruk­tur seperti projek bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya di kawasan luar bandar di seluruh negeri ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata usaha itu amat penting selari dengan polisi pembanguna­n mempercepa­t proses penyediaan kemudahan asas di luar bandar.

“Dengan adanya hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutua­n serta penstruktu­ran semula autonomi kerajaan maka lebih mudah peruntukan pembanguna­n disalurkan.

“Justeru, kita menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sangat tegas dengan keutamaan pembanguna­n kawasan luar bandar,” katanya ketika tinjauan ke tapak pembinaan Jalan Kesa Baron, dekat sini semalam.

Kerja- kerja pembinaan bagi menaik taraf jalan kampung diusahakan penduduk setempat secara gotongroyo­ng melalui peruntukan pembinaan disumbangk­an kerajaan.

Menurut Teng, kerajaan sedar masyarakat di luar bandar masih banyak memerlukan suntikan pembanguna­n dalam pelbagai aspek.

Beliau menggesa masyarakat di Parlimen Sarikei yang mempunyai masalah dan aduan agar menggunaka­n saluran betul memastikan setiap penyampaia­n tersebut mendapat maklum balas yang sewajarnya.

“Langkah ini amat penting bagi memastikan pihak berkaitan mencari jalan penyelesai­an terhadap permasalah­an tersebut untuk dipertimba­ngkan.

“Melalui kerjasama sistematik, tepat dan betul ini kita yakin segala masalah dapat diatasi dengan baik,” katanya.

Dengan adanya hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutua­n serta penstruktu­ran semula autonomi kerajaan maka lebih mudah peruntukan pembanguna­n disalurkan. Teng Ung Woo Setiausaha Politik Ketua Menteri

 ??  ?? PANTAU: Teng ( tiga kanan) memantau aktiviti gotongroyo­ng menaik taraf jalan di kawasan Kesa Baron di Sarikei semalam.
PANTAU: Teng ( tiga kanan) memantau aktiviti gotongroyo­ng menaik taraf jalan di kawasan Kesa Baron di Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia