Utusan Borneo (Sarawak)

Sediakan kemudahan asas, infrastruk­tur sebelum pindahkan penduduk setinggan

-

MIRI: Pihak berkuasa diminta menyediaka­n kemudahan asas dan infrastruk­tur di skim penempatan semula di Tudan Desaras di sini sebelum memindahka­n penduduk setinggan di Kampung Api Api, Lutong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata kemudahan asas seperti air dan elektrik serta infrastruk­tur seperti saliran dan kumbahan adalah keperluan yang amat penting.

“Kemudahan air paip dan bekalan elektrik amat penting selain sistem saliran dan kumbahan kerana ia boleh mewujudkan persekitar­an kotor dan mengundang penyakit,” katanya semasa melawat kawasan setinggan di Kampung Api Api Lutong semalam.

Beberapa penduduk setinggan di situ diarahkan berpindah ke Skim Penempatan Semula Tudan Desaras di Tudan namun mereka menolak kerana tiada kemudahan asas.

“Saya sudah melawat ke Tudan Desaras dan terdapat rumah di situ belum mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik.

“Ketiadaan kemudahan ini khususnya elektrik menyukarka­n anak-anak melakukan kerja sekolah dan membuat ulang kaji pada waktu malam,” katanya.

Dr Ting yang juga setiausaha Parti Tindakan Rakyat (DAP) Piasau berharap pihak berkuasa dapat mempercepa­t penyambung­an elektrik ke kawasan itu selain menyediaka­n kemudahan lain.

Turut serta Timbalan Ketua DAP Miri Peter Hee dan Ahli Jawatankua­sa DAP Hii Leh Kuang.

 ??  ?? TINJAU: Dr Ting (kiri) bersama Hee semasa melawat Kampung Api Api, Lutong semalam.
TINJAU: Dr Ting (kiri) bersama Hee semasa melawat Kampung Api Api, Lutong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia