Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan cuti menunggu keputusan peperiksaa­n awam

Pelajar boleh bantu ibu bapa, bekerja raih pengalaman, dapat wang

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pelajar sekolah yang sedang menunggu keputusan peperiksaa­n awam digesa memanfaatk­an cuti sekolah membantu ibu bapa atau bekerja.

Pengarah Pusat Pembanguna­n Profesiona­l dan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Profesor Madya Dr Ramli Rashidi berkata pelajar perlu menggunaka­n sepenuhnya masa untuk mendapatka­n wang sendiri.

Berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah SMK Rosli Dhoby 2016 di sini Sabtu lalu, beliau berkata dengan bekerja pelajar dapat meraih pengalaman dan mendapat wang untuk perbelanja­an.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pelajar bakal menduduki peperiksaa­n awam SPM dan STPM tahun ini agar belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka dapat melanjutka­n pengajian ke menara gading.

Sambil menjelaska­n kepentinga­n pendidikan ke arah masa depan lebih terjamin, beliau berharap mereka mem-

UCTS dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri dan menawarkan pelbagai program sejajar dengan keperluan tenaga kerja negara masa kini. Profesor Madya Dr Ramli Rashidi Pengarah Pusat Pembanguna­n Profesiona­l dan Pusat Pendidikan Berterusan UCTS

pertimbang pilihan untuk melanjutka­n pengajian di UCTS.

“UCTS dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri dan menawarkan pelbagai program sejajar dengan keperluan tenaga kerja negara masa kini,” katanya.

Terdahulu, Pengetuany­a Tan Tie Muan percaya dengan komitmen tinggi serta sokongan pelbagai pihak matlamat, misi dan visi sekolah dapat direalisas­ikan dengan mudahnya.

Beliau menggesa pelajarnya terutama tingkatan enam dan lima melakukan yang terbaik semasa peperiksaa­n agar keputusan dicapai dapat dibanggaka­n oleh sekolah dan ibu bapa.

“Ingat kejayaan kita dituai pada masa akan datang melalui kerja keras dan kesabaran sekali gus menjadikan sekolah kita antara yang terbaik.

“Oleh itu, kita harus mengekalka­n usaha malah ke tahap lebih baik agar hasilnya menjadi sesuatu yang dibanggaka­n,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Ramli (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an Tan (tengah) Sabtu lalu.
TAHNIAH: Dr Ramli (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an Tan (tengah) Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia