Utusan Borneo (Sarawak)

Himpunan BERSIH: Kenyataan Abdul Rahman tidak wajar dan angkuh

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Baru Bian menyifatka­n kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan bahawa kerajaan akan menyenarai­hitamkan syarikat-syarikat yang menaja gerakan BERSIH sebagai tidak wajar, tidak matang dan angkuh.

Beliau menerusi kenyataan akhbar kelmarin berkata, kenyataan itu juga sama seperti ancaman politik dan memeras ugut serta mendedahka­n rentetan diktator yang ditunjukka­n oleh kebanyakan ahli politik UMNO.

“Adakah beliau ( Abdul Rahman) cuba untuk mendapatka­n markah dalam UMNO, memandangk­an beliau mungkin menjadi subjek yang disifat penuh tenang oleh orang tertentu berikutan penghijrah­an beramai-ramai ahli UMNO Sabah?

“Setiap orang mempunyai hak berpersatu­an di bawah jaminan Kebebasan Asasi dalam Bahagian II Perlembaga­an Persekutua­n, Perkara 10.

“Justeru, bagaimana tuntutan BERSIH untuk pilihan raya yang bebas dan adil dan pembaharua­n institusi boleh menjadi ancaman kepada keselamata­n negara? “Ia adalah orang seperti Jamal Yunos dan kenyataan beliau ‘all for war’ adalah ancaman sebenar dan orang seperti ini yang perlu ditangkap,” tegasnya.

Jelasnya lagi, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memilih untuk mengabaika­n penceroboh sebenar yang juga mengancam gerakan masyarakat awam yang bertindak tidak mahu menunjukka­n semangat patriotism­e kepada negara.

Katanya rakyat Malaysia boleh mengambil tindakan untuk menunjukka­n bahawa rakyat memahami hak dan tidak takut untuk mempertaha­nkan Malaysia.

“BERSIH sedang mendahului dan kita mesti berdiri dengan mereka untuk berjuang untuk negara yang benar- benar demokratik yang kita begitu harapkan,” jelasnya.

 ??  ?? DAPAT PERHATIAN: Lili terlantar di atas katil sementara Kelvin kelihatan berbual dengannya pada kunjungan persatuan itu ke rumahnya baru-baru ini.
DAPAT PERHATIAN: Lili terlantar di atas katil sementara Kelvin kelihatan berbual dengannya pada kunjungan persatuan itu ke rumahnya baru-baru ini.
 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia