Utusan Borneo (Sarawak)

Kepayahan hidup Lili dapat perhatian Hope Place

-

KUCHING: Kepayahan hidup yang ditanggung Lili Morni, 46, mendapat perhatian sewajarnya daripada Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) dengan kerjasama pekerja sosial Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lili, seorang orang kurang upaya (OKU) turut disahkan menghidap angin ahmar sejak lapan bulan lepas dan hanya terlantar di atas katil.

Malah dia yang turut menghidap penyakit darah tinggi mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan. Pengasas Hope Place Kelvin Wan tampil mengunjung­i Lili yang tinggal bersama suaminya, Rabaiee Buang, 50, yang juga menghidap penyakit mental akibat kejadian kebakaran yang melanda rumahnya 10 tahun lalu.

“Dalam kunjungan itu, kami menghulurk­an bantuan berupa lampin pakai buang dewasa bersaiz M dan susu tepung Ensure kepada Lili kerana dia memerlukan­nya.

“Selain itu, kami turut menyumbang beras, minyak masak, garam, gula, mi, biskut, Milo dan oat kepada pasangan ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, kelmarin.

Orang ramai sentiasa dialu- alukan untuk menyumbang barang keperluan makanan atau sumbangan derma sebagai dana bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk pemindahan wang bantuan menerusi bank, orang ramai boleh menderma menerusi akaun bank Maybank 5112-8900-1160 atas nama Persatuan Kebajikan Harapan Kuching.

Untuk sebarang maklumat mengenai bantuan dan sumbangan derma bolehlah menghubung­i Hope Place di talian 013-5672775 setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia