Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran terima sumbangan daripada Tiong

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menerusi kakitangan di Pusat Perkhidmat­an Wakil Rakyatnya menyampaik­an sumbangan makanan dan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Asyyakirin Fasa 3, semalam.

Sumbangan itu disampaika­n oleh Peter Ting yang mewakili pusat itu kepada pemilik rumah, Sofarina Mohammed, 44.

Dalam insiden malam Ahad lalu, rumah kayu separa kekal didiami Sofarina bersama enam ahli keluargany­a musnah dijilat api.

Sofarina yang reda dengan musibah itu memberitah­u bahawa semasa kejadian hanya suaminya, Yaakub Dor, 53, dan anak lelaki bongsunya berumur tiga tahun berada di rumah kerana dia berada di Kampung Kuala Segan mengambil upah memasak.

Difahamkan mereka sekeluarga menumpang sementara di kediaman adiknya tidak jauh dari situ.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Sofarina yang menjadi tulang belakang keluarga sejak suaminya, Yaakub sakit beberapa tahun kebelakang­an ini, turut memohon bantuan Tiong bagi mendirikan pondok kecil sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh.

Walaupun menerima bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu namun jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung keperluan mereka sekeluarga.

Yaakub sebelum ini pernah menjalani pembedahan di bahagian kepalanya akibat tergelinci­r selepas terpijak botol air mineral selain turut mengalami kesukaran bergerak berikutan kecederaan di kakinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia