Utusan Borneo (Sarawak)

Kurangkan telefon bimbit lebihkan didikan agama Pengaruh media sosial, terdedah ponografi, rakan sebaya, kurang pendidikan seksual antara punca kehamilan remaja

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pengaruh media massa terutama menerusi laman sosial Wechat, terdedah dengan bahan ponografi, rakan sebaya termasuk kurangnya pendidikan seksual adalah antara punca kehamilan r e m a j a s e k a l i g u s mengundang kes buang bayi di negeri ini.

Justeru, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah menegaskan terutama kepada ibu bapa supaya tidak memberi telefon bimbit atau gajet kepada anak pada usia remaja sebaliknya mendedahka­n mereka dengan didikan agama.

“Saya berharap ibu bapa termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang berkaitan untuk bersama- sama membantu memainkan peranan dalam mengurangk­an kehamilan remaja dan kes buang bayi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat

Saya berharap ibu bapa termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang berkaitan untuk bersamasam­a membantu memainkan peranan dalam mengurangk­an kehamilan remaja dan kes buang bayi di negeri ini. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti

daripada delegasi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Kunjungan hormat SDNU tersebut adalah bagi menyatakan kerjasama dalam mewujudkan kesedaran serta menangani masalah kehamilan remaja di negeri ini.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan Awal KanakKanak dan Pembanguna­n Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Naib Presiden III SDNU merangkap Ketua Pemuda SDNU Churchill Edward dan Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Dalvinder Singh.

Menurut Fatimah, berdasarka­n statistik, Sarawak merekodkan kes kehamilan remaja kedua tertinggi di negara ini, di mana Sabah merekodkan kes tertinggi setakat ini.

Bagaimanap­un katanya, dari segi peratusan Sarawak mencatat kadar tertinggi berbanding Sabah.

Katanya pada 2013, kes kehamilan remaja di Sarawak mencecah lebih 4,000 kes dan menurun kepada 1,972 kes pada tahun ini.

“Walaupun ia menunjukka­n trend berkuranga­n namun masih banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk men- gurangkan lagi kes kehamilan remaja kerana melihat kepada kes di negeri-negeri lain, ia tidak sampai 1,000 kes,” katanya.

Sehubungan itu, Fatimah berkata kementeria­nnya dengan kerjasama SDNU telah menganjurk­an bengkel di Kapit pada 14 Oktober lepas bersama pelajar, untuk mendedahka­n serta mewujudkan kesedaran kepada golongan tersebut mengenai isu- isu seksual.

Selain itu katanya, seminar berkaitan juga akan diadakan pada 27 Oktober ini di Kapit yang melibatkan pemimpin akar umbi dan orang ramai.

 ??  ?? SOKONG KAMI: (Dari kanan) Jasmin, Yazlan, Bob dan Premala pada sidang media mengenai penganjura­n Kuching Gala Yayasan AIDS Malaysia.
SOKONG KAMI: (Dari kanan) Jasmin, Yazlan, Bob dan Premala pada sidang media mengenai penganjura­n Kuching Gala Yayasan AIDS Malaysia.
 ??  ?? ATASI BERSAMA: Fatimah (kanan) pada sidang media di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching semalam. Turut kelihatan Hasidah dan ahli-ahli SDNU.
ATASI BERSAMA: Fatimah (kanan) pada sidang media di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di Kuching semalam. Turut kelihatan Hasidah dan ahli-ahli SDNU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia