Utusan Borneo (Sarawak)

PAWE Miri terima Anugerah Kesukarela­an Warga Emas Aktif 2016

-

MIRI: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri menerima Anugerah Kesukarela­an Kebajikan Warga Emas Aktif 2016 pada Majlis Sukarelawa­n Peringkat Negeri Sarawak 2016 di Kuching Ahad lalu.

Pengerusin­ya Pemanca Wilson Siang Lim berkata anugerah itu disampaika­n oleh ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mewakili Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Wilson berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi anugerah terbabit kepada PAWE yang turut aktif dalam merencana pelbagai aktiviti dan program untuk penghuni-penghuniny­a.

“Kami berterima kasih dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kerajaan negeri kerana memberi penganuger­ahan ini dan ini sebagai pembakar semangat untuk kami berusaha lebih gigih berkhidmat di pusat ini,” katanya di sini semalam.

Wilson berkata anugerah terbabit membuktika­n PAWE Miri bergiat aktif dalam melaksanak­an aktiviti sepanjang tahun bersama warga emas seperti pertubuhan lain di Sarawak.

“Kita banyak merancang aktiviti untuk warga emas dan melibatkan mereka dalam kegiatan sukan, sosial dan program kemasyarak­atan dan ini adalah sumbangan kita menggerakk­an aktiviti warga emas,” jelasnya.

Beliau juga yakin jawatankua­sa PAWE akan merancang lebih banyak aktiviti selepas menerima anugerah itu.

Pada masa sama, PAWE turut menerima sokongan dan nasihat daripada JKM Miri untuk menjalanka­n apa juga aktiviti melibatkan penghuni pelbagai kaum dan agama.

Wilson juga menggesa warga emas di Miri memainkan peranan proaktif dan menyertai aktiviti dirancang untuk kebajikan mereka.

Sementara itu, PAWE Miri selain menerima anugerah turut membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.

 ??  ?? TAHNIAH: Wilson (dua kanan) menerima Anugerah Kesukarela­an Kebajikan Warga Emas Aktif 2016 daripada Sharifah Hasidah (tiga kanan) di Kuching Ahad lalu.
TAHNIAH: Wilson (dua kanan) menerima Anugerah Kesukarela­an Kebajikan Warga Emas Aktif 2016 daripada Sharifah Hasidah (tiga kanan) di Kuching Ahad lalu.
 ??  ?? IKHLAS: Peter (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Sofarina di Bintulu semalam.
IKHLAS: Peter (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Sofarina di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia