Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan memproses dadah di Pasir Puteh terbongkar

26kg serbuk yang bakal diproses menjadi heroin dirampas

-

KOTA BHARU: Polis berjaya membongkar kegiatan memproses dadah jenis heroin selepas berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh 18 Okt lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata dalam serbuan pada jam 3.30 petang itu, polis turut merampas satu guni bahan serbuk putih seberat 26 kilogram yang bakal diproses menjadi heroin dan beberapa peralatan untuk memproses dadah.

“Siasatan yang dijalankan mendapati sekiranya bahan mentah itu berjaya diproses, ia mampu menghasilk­an 26 kilogram heroin yang setiap kilogram mampu mencecah nilai sehingga RM35,000,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Din berkata ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek yang berusia antara 31 dan 57 tahun itu adalah positif dadah jenis Amphetamin­e.

Beliau berkata ini adalah kali pertama polis Kelantan berjaya membongkar kegiatan memproses dadah di negeri ini dan pengedar mungkin cuba mengaut keuntungan apabila terdapat permintaan yang tinggi terhadap heroin.

“Kemungkina­n pihak yang memproses dadah ini belajar cara membuatnya daripada sumber internet dan kita tidak dapat pastikan mutu dadah yang diproses sama ada ia bermutu tinggi ataupun tidak, dan kumpulan ini boleh dikategori­kan sebagai ‘semi-pro’ dalam kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Din berkata dalam tempoh seminggu bermula 17 Okt lepas, operasi membantera­s dadah di negeri ini berjaya manahan 457 individu yang disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan dadah termasuk membekal, memiliki, menagih dan mereka yang di bawah Langkah- Langkah Pencegahan Khas.

Katanya antara dadah yang berjaya dirampas ialah heroin, ganja, syabu, pil kuda, Erimin 5, ubat batuk, daun ketum yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM96,804 serta menyita harta bernilai RM166,000. — Bernama

Siasatan yang dijalankan mendapati sekiranya bahan mentah itu berjaya diproses, ia mampu menghasilk­an 26 kilogram heroin yang setiap kilogram mampu mencecah nilai sehingga RM35,000. SAC Din Ahmad Timbalan Ketua Polis Kelantan

 ?? — Gambar Bernama ?? TRAGIS: Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran sebuah tangki penyimpana­n NGV di stesen minyak, Taman Mount Austin petang semalam yang meragut nyawa Mohd Faizal.
— Gambar Bernama TRAGIS: Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran sebuah tangki penyimpana­n NGV di stesen minyak, Taman Mount Austin petang semalam yang meragut nyawa Mohd Faizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia