Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga mengaku tidak salah merogol kanak-kanak

-

ALOR SETAR: sSeorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan berasingan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun antara Jun hingga Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, minta dibicaraka­n ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak tersebut di sebuah rumah beralamat di Flat Taman Setia Jaya, Langgar dekat sini pada jam 8 pagi, 18 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa merogol mangsa di tempat sama pada penghujung bulan Jun, jam 9 pagi.

Pertuduhan ketiga pula menyebut tertuduh melakukan kesalahan sama pada mangsa di Flat Taman Setia Jaya, Langgar pada jam 11 pagi, 5 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri Ana Rozana Mohd Nor dalam prosiding sebelum itu tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin.

Bagaimanap­un tertuduh yang kini dalam proses penceraian merayu agar jaminan diberikan memandangk­an tertuduh mahu menjaga ibunya yang kini hanya tinggal bersama adiknya.

Mahkamah bagaimanap­un tidak membenarka­n ikat jamin terhadap tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak atas alasan tertuduh tinggal di kawasan flat yang sama dengan mangsa dan dikhuatiri mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 24 Nov sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Din Ahmad (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n bahan-bahan yang digunakan untuk memproses dadah semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Din Ahmad (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n bahan-bahan yang digunakan untuk memproses dadah semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia