Utusan Borneo (Sarawak)

Penyalahgu­naan dadah pelajar membimbang­kan

Menurut satu kajian, 1,457 daripada 35,755 pelajar tingkatan satu hingga enam mengambil dadah

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam melahirkan kebimbanga­n kerajaan berhubung tahap penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

“Pengedar dadah kini bertindak menggunaka­n pelajar untuk menjadi penagih supaya pasaran dadah dapat dipertingk­atkan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah di bangunan Parlimen semalam.

Beliau turut merujuk kepada satu kajian Kementeria­n Pendidikan melibatkan 35,755 responden merangkumi pelajar tingkatan satu hingga enam yang mendapati 1,457 daripada mereka mengambil dadah.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata 74 peratus daripadany­a mengambil Methamphet­amine, 20 peratus kanabis dan selebihnya dadah jenis lain.

Menurutnya, hasil kajian mendapati pelajar tingkatan lima mencatat peratusan tertinggi pengambila­n dadah iaitu 40.6 peratus, di- ikuti tingkatan empat (32.5 peratus), tingkatan tiga (19.8 peratus), tingkatan dua (5.4 peratus) dan tingkatan satu (0.08 peratus).

“Daripada jumlah ini, Kedah negeri paling tinggi yang pelajarnya mencuba dadah iaitu 274 pelajar, diikuti 197 di Kelantan, 180 di Perak dan selebihnya negeri- negeri lain,” kata Ahmad Zahid.

Beliau seterusnya berkata antara cadangan yang dikemukaka­n pada mesyuarat itu ialah mengambil langkah mencairkan aset pengedar dadah yang dirampas dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Kita rampas semua aset dan harta itu dan kita mohon mahkamah agar mencair dan menunai aset itu dan hasil penjualan boleh digunakan untuk bantu aspek pencegahan dan pemulihan,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat turut meluluskan cadangan menubuhkan Makmal Khas Ujian Dadah Berbahaya di Hospital Kuala Lumpur.

Mengenai cadangan mahkamah khas bagi membicarak­an kes berkaitan da- dah, beliau berkata ia telah bermula sekali gus mempercepa­t proses perbicaran dan keputusan mahkamah.

Ahmad Zahid berkata kementeria­n juga akan meneruskan usaha memperkasa­kan tindakan sedia ada oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) supaya lebih berkesan.

“Kita akan bertemu 30 hari akan datang (untuk mesyuarat ini). Saya tak mahu lagi lihat keputusan hanya di atas kertas dan ia perlu diterjemah­kan dalam bentuk operasi dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak termasuk ibu bapa supaya bekerjasam­a dalam membantera­s dadah dan tidak meletakkan tugas itu hanya kepada agensi penguatkua­saan dan pemulihan dadah. — Bernama

Daripada jumlah ini, Kedah negeri paling tinggi yang pelajarnya mencuba dadah iaitu 274 pelajar, diikuti 197 di Kelantan, 180 di Perak dan selebihnya negeri-negeri lain. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGERUSI MESYUARAT: Ahmad Zahid (kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Dadah (JKMD) di Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom(dua, kiri) dan...
— Gambar Bernama PENGERUSI MESYUARAT: Ahmad Zahid (kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Dadah (JKMD) di Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom(dua, kiri) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia