Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor pakar perlu periksa tahap kesihatan penghuni RKKC Perak

-

BATU GAJAH: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meminta doktor pakar supaya membuat pemeriksaa­n kesihatan ke atas penghuni Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat (RKKC) Perak di sini bagi menentukan bentuk penjagaan sesuai terhadap mereka.

Timbalan Menterinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata langkah tersebut adalah penting untuk mengetahui sama ada tindakan RKKC itu meletakkan penghuni orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental kronik dalam kompartmen sama ada sesuai atau tidak.

“Kalau mereka dibuktikan serius, mungkin ada keperluan mereka dimasukkan dalam kompartmen tetapi hanya pada waktu malam kerana ia tidak terkawal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke RKKC itu di sini semalam.

Chew mengulas gambar bertajuk ‘ Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs’ di RKKC tersebut yang menjadi viral.

Gambar itu menunjukka­n kanak-kanak tersebut diletak dalam tempat berpagar yang didakwa berbau air kencing dan bahan peluntur.

Kelmarin Pengerusi RKKC itu R.Sivalingam menjelaska­n pihaknya meletakkan 10 OKU yang mempunyai masalah mental kronik di dalam kompartmen berkenaan hanya pada waktu malam dan semasa mandi bagi tujuan keselamata­n.

Chew menjelaska­n sekiranya cara yang digunakan itu tidak sesuai, maka cara yang terbaik akan difikirkan.

Selain itu beliau berkata pihaknya juga akan menghantar 12 penjaga RKKC untuk mengikuti kursus serta latihan bersesuaia­n agar penjagaan semua 47 penghuni yang berumur 10 hingga 60 tahun berada pada tahap terbaik.

Beliau turut mengakui terdapat kelemahan pemeriksaa­n dan pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke atas rumah serta pusat jagaan sehingga terlepas pandang tindakan meletakkan OKU di dalam kompartmen.

“Malah meletakkan OKU juga bukan Prosedur Operasi Standard (SOP). Tetapi dalam kes ini kita akan putuskan pemilik bersalah atau tidak selepas pemeriksaa­n doktor dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaa­n mengejut ke atas rumah serta pusat jagaan seluruh negara termasuk di RKKC bagi memastikan tiada pelanggara­n SOP. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Chew melihat sendiri kompartmen berpagar yang menempatka­n Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika mengadakan lawatan di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat (RKKC) Batu Gajah dekat Batu Gajah, semalam. Turut kelihatan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan,...
— Gambar Bernama MENINJAU: Chew melihat sendiri kompartmen berpagar yang menempatka­n Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika mengadakan lawatan di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat (RKKC) Batu Gajah dekat Batu Gajah, semalam. Turut kelihatan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia