Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 2,000 permohonan diperaku layak terima MyDeposit

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,903 permohonan telah diperaku layak menerima insentif Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit, sehingga 28 Sept lepas.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,029 pemohon layak untuk pembelian rumah baharu dan 874 pemohon bagi rumah sekunder.

Beliau berkata 6,298 permohonan diterima bagi skim MyDeposit melibatkan 3,658 permohonan bagi rumah baharu dan 2,640 permohonan bagi rumah sekunder, sehingga 30 Jun lepas.

“Selangor mencatatka­n jumlah tertinggi permohonan iaitu sebanyak 1,989 permohonan, masing-masing 924 pemohonan bagi rumah baharu dan 1,065 permohonan bagi rumah sekunder,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Tiong ingin tahu jumlah permohonan MyDeposit yang diluluskan daripada permohonan sesi pertama yang telah tamat pada Jun lepas.

Noh berkata Kuala Lumpur mencatatka­n jumlah permohonan kedua tertinggi iaitu sejumlah 864 permohonan dan diikuti Pulau Pinang sebanyak 854 permohonan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) adakah peruntukan sejumlah RM200 juta bagi skim MyDeposit mencukupi, Noh berkata peruntukan tersebut masih ada bagi membiayai permohonan skim berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 241 pemohon sudah menerima pembiayaan berkenaan.

Noh berkata kerajaan sedia menimbang untuk membuka pendaftara­n bagi permohonan baharu berdasarka­n sambutan menggalakk­an yang diterima daripada rakyat.

Skim MyDeposit, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentang­an Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Okt 2015, diwujudkan melalui penyerahan dana sebanyak RM200 juta oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama bagi tujuan pembayaran deposit.

Insentif yang diberikan terhad kepada bayaran deposit 10 peratus daripada harga jualan rumah atau maksimum RM30,000 mengikut mana yang terendah bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia