Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,000 lokasi diaktifkan dengan perkhidmat­an 3G sejak tahun 2010

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,963 lokasi di seluruh negara telah diaktifkan dengan perkhidmat­an jalur lebar mudah alih 3G sejak tahun 2010.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan telah membina menara komunikasi baharu dan menaik taraf menara sedia ada melalui program Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (USP), bagi penambahba­ikan kualiti perkhidmat­an telekomuni­kasi dan liputan 3G.

“Selain itu, tambahan 1,008 lokasi sedang dalam pelaksanaa­n di seluruh negara dan dijangka siap secara berperingk­at sehingga akhir 2017,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (BN-Hulu Rajang) yang bertanyaka­n langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah rangkaian telekomuni­kasi di mana pengguna menghadapi kesukaran berhubung.

Sementara itu, bagi liputan jalur lebar mudah alih 4G pula, Salleh berkata peluasan liputan sedang giat dilaksanak­an di seluruh negara dengan tumpuan di bandar-bandar utama, kecil dan pertengaha­n.

Katanya sehingga kini, peratusan liputan populasi 4G telah meningkat kepada 63 peratus dan usaha ini akan terus diperluask­an ke kawasan lain termasuk ke kawasan luar bandar secara berperingk­at sehingga 2020.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai kelewatan pelaksanaa­n projek jalur lebar di Sarawak khususnya Bintulu, Salleh berkata kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri penting dalam memastikan projek telekomuni­kasi berjalan dengan lancar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia