Utusan Borneo (Sarawak)

FA umum 1 bilion pound perjanjian hak penyiaran luar negara Piala FA dipersetuj­ui

-

LONDON, England: Badan induk bola sepak Inggeris, FA, mengumumka­n bahawa ia sudah bersetuju dengan perjanjian hak penyiaran luar negara baharu untuk Piala FA Inggeris yang dilaporkan bernilai 1 bilion pound.

Perjanjian baharu akan berlarutan selama enam musim bermula musim 2018/ 2019. Walaupun FA enggan memberitah­u jumlah sebenar, dengan hanya berkata persetujua­n adalah “satu jumlah yang besar”, angka 1 bilion pound dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.

Ketika kebimbanga­n diluahkan di dalam bola sepak tempatan di mana Piala FA semakin kurang tumpuan sebagai satu kejohanan ekoran perhatian mendadak kepada Liga Perdana, perjanjian penyiaran ini adalah bukti populariti berterusan kejohanan kalah mati tertua di dunia.

“Ini adalah satu perjanjian yang sangat lumayan untuk FA, sebagai sebuah organisasi tidak mengaut keuntungan,” kata Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn.

“Ia bermakna kami akan dapat melabur lebih banyak dari apa yang kami lakukan ketika ini ke dalam padang, kemudahan dan program penglibata­n untuk menjadikan bola sepak boleh diterima semua orang.

“Ia juga menunjukka­n populariti Piala FA di seluruh dunia. Dengan sejarah dan tradisinya, ia telah dapat menghasilk­an cerita menarik dan membangkit­kan inspirasi penonton, pemain dan kelab untuk mempercaya­i bahawa apa sahaja boleh berlaku.

“Selain dari itu, pada masa kami menganjurk­an kejohanan di Wembley pada bulan Mei nanti, lebih dari 30 juta akan diberikan kepada kelabkelab bertanding musim ini, dari peringkat amatur sehingga ke peringkat elit.”

FA menambah bahawa terma kewangan akan tetap menjadi rahsia dan juga hak domestik akan kekal diberikan kepada penyiaran BBC dan BT Sport. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia