Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal mahu Wenger kekal, tidak terburu-buru adakan rundingan

-

LONDON, England: Kelab Arsenal berharap pengurusny­a, Arsene Wenger, terus kekal di kelab selepas akhir musim ini, tetapi kelab dari ibu kota London itu berkata Isnin lepas di mana mereka tidak terburu- buru untuk mengadakan rundingan kontrak baharu.

Wenger, 67, meraikan ulang tahun ke-20 sebagai pengurus Arsenal tetapi kontrak pengurus dari Perancis itu berakhir pada akhir musim ini.

Pengerusi Arsenal, Chips Keswick, ketika ditanya tentang kontrak Wenger semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelab Isnin lepas, berkata: “Kita semua menyedari sumbangan besar Arsene kepada kelab dalam 20 tahun terakhir.

“Kami berasa yakin tentang keupayaan beliau untuk membawa kami ke hadapan. Kami akan duduk dan berbincang mengenai masa depan pada masa yang bersesuaia­n tetapi fokus kami ialah untuk mengekalka­n tempoh semasa dan bersaing kejuaraan.”

Wenger – dikaitkan dengan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan England – tidak mempunyai banyak ulasan mengenai kedudukann­ya selain memberi jaminan kepada penyokong kelab di mana beliau tidak akan bekerja untuk 20 tahun lagi.

Beliau juga menerima kritikan pada AGM sebelum ini dengan penyokong berasa kecewa kerana kegagalan kelab memenangi Liga Perdana sejak 2004.

Tetapi dengan Arsenal kini berkongsi mata dengan pendahulu liga, Manchester City, Wenger menerima sambutan baik dari pemegang saham kelab Isnin lepas.

Wenger juga berkata Arsenal berada pada kedudukan yang baik untuk mencabar kejuaraan liga sekali lagi.

“Hari ini, kami berada pada kedudukan yang lebih baik untuk bersaing kejuaraan berbanding enam atau lima tahun yang lalu,” kata beliau. “Saya percaya kami mempunyai pasukan yang kompetetif pada setiap musim.

“Saya percaya pasukan mempunyai komitmen, kes- ungguhan, perpaduan dan peluang untuk bersaing kejuaraan Liga Perdana.” — AFP

 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia