Utusan Borneo (Sarawak)

Karius penjaga gol nombor satu The Reds, tegas Klopp

-

LONDON, England: Jurgen Klopp berkata Loris Karius adalah penjaga gol nombor satu kelab selepas penjaga gol muda dari Jerman itu menggantik­an Simon Mignolet semasa kempen Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.

Mignolet akan kembali beraksi dalam aksi Piala Liga Inggeris menentang Tottenham Hotspur tetapi kejohanan ini sudah biasa menjadi kejohanan untuk kelab-kelab besar merehatkan beberapa pemain utama.

Karius, yang menyertai Liverpool dengan nilai 4.7 juta pound pada musim panas lepas, bermain pada perlawanan pramusim tetapi kemudian mengalami kecederaan dan terlepas beraksi pada musim baharu Liga Perdana.

Tetapi Mignolet, 23, tidak konsisten sejak tiga musim terakhir di Anfield, beraksi pada perlawanan pusingan ketiga ketika menewaskan Derby County bulan lepas dan sejak itu mengekalka­n tempatnya.

“Ketika ini kami mempunyai penjaga gol nombor satu dan ia adalah Loris Karius,” kata Klopp. “Itulah situasinya dan apa yang diketahui oleh penjaga gol. Saya tidak dapat membiarkan mereka tertanya-tanya.

“Ada satu tempoh singkat dengan dua atau tiga perlawanan di mana kami pada awalnya menurunkan Loris untuk melihat prestasiny­a tetapi selepas rehat antarabang­sa terakhir, saya bercakap dengan kedua-dua pemain dan kami membuat keputusan ini.

“Sudah tentu beliau (Mignolet) tidak gembira tetapi tiada siapa melihat sesi latihan kecuali saya. Beliau masih bekerja- keras, meningkat prestasi dan melakukan apa yang harus dilakukan. Beliau seorang yang serius dan sangat profesiona­l.”

Kemenangan 2-1 ke atas West Bromwich Albion Sabtu lepas membolehka­n Liverpool berkongsi mata dengan pendahulu liga, Manchester City dan Arsenal yang berada di tempat kedua.

Liverpool hanya tewas sekali dari 11 perlawanan dalam semua pertanding­an musim ini tetapi Klopp berkata ia terlalu awal untuk bercakap tentang kejuaraan liga, dengan kejuaraan liga yang terakhir ialah pada 1990, sebelum format Liga Perdana Inggeris.

“Ia normal dalam bola sepak di mana apabila anda berada di kelompok teratas liga, akan ada orang yang memulakan cadangan tentang kejuaraan,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia