Utusan Borneo (Sarawak)

Serlah kehebatan di Klinik Futsal Milo

SFA memberi lebih tumpuan kepada pembanguna­n bola sepak, futsal remaja di Sibu

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Klinik Futsal Milo ( KFM) anjuran bersama Nestle Malaysia, Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang (KSRTR) dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA) diharap dapat membangunk­an sukan bola sepak dan futsal di sini.

Naib Presiden 1 SFA, Halel Mohd Ibrahim berkata KFM bermula pada 20 Oktober hingga 22 November ini disertai 22 pemain berumur tujuh hingga 11 tahun.

“Klinik ini merupakan salah satu program dilaksanak­an SFA membangunk­an bola sepak dan futsal di Sibu melalui kerjasama swasta dan badan bukan kerajaan ( NGO),” katanya di sini semalam.

Pada minggu pertama KFM akan dikendalik­an oleh Halel sambil dibantu jurulatih berpengala­man kelayakan jurulatih Tahap 1 AFC iaitu Dzulwendra Roslan, Alexander Abas dan

Klinik ini merupakan salah satu program dilaksanak­an SFA membangunk­an bola sepak dan futsal di Sibu melalui kerjasama swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Halel Mohd Ibrahim Naib Presiden 1 SFA

Zamri Bujang.

Menyentuh mengenai minggu pertama KFM, pengerusi KSRTR itu memberitah­u klinik berjalan lancar dan peserta bersemanga­t kerana kebanyakan tidak pernah mengikut program seperti ini.

“Melalui program ini kita pilih pemain- pemain mewakili futsal remaja Sibu bagi menentang futsal remaja Australia pada 21 November ini di Stadium Futsal KBSS Bukit Lima.

Empat negeri dipilih untuk penganjura­n KFM ta- hun ini iaitu Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Di Sarawak, klinik dijalankan di Kuching, Sibu dan Miri.

Menurut Halel, SFA juga memberi lebih tumpuan kepada pembanguna­n bola sepak dan futsal untuk remaja.

“Malah untuk tahun depan, SFA akan mengadakan liga futsal/bola sepak khas untuk remaja selain Liga Sibu,” katanya.

 ??  ?? KLINIK FUTSAL: Halel (berdiri dua kiri) bersama jurulatih dan peserta Klinik Futsal Milo menyertai klinik minggu pertama.
KLINIK FUTSAL: Halel (berdiri dua kiri) bersama jurulatih dan peserta Klinik Futsal Milo menyertai klinik minggu pertama.
 ??  ?? JAGUH MUKAH: Landas Mukah muncul juara LSRM sekali gus menjulang piala pusingan MuFA.
JAGUH MUKAH: Landas Mukah muncul juara LSRM sekali gus menjulang piala pusingan MuFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia