Utusan Borneo (Sarawak)

Landas Mukah ungguli LSRM 2016

-

MUKAH: Landas Mukah muncul sebuah pasukan bola sepak terkuat di Bahagian Mukah musim ini apabila dinobatkan juara Liga Setia Raja Mukah (LSRM) 2016 sekali gus memenangi piala pusingan Piala Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA).

Pasukan bimbingan jurulatih, Taha Petrus itu juga dinobatkan pemenang Piala Pusingan MuFA apabila bergelar juara tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2014, 2015 dan 2016.

Pada saingan terakhir LSRM, Landas Mukah menentang Press Metal GTR pada petang Jumaat lalu hanya sekadar seri.

Ini membolehka­n mere- ka mengumpul 25 mata berkongsi mata dengan Tellian Tujunokala tetapi dipisahkan jaringan gol.

Kelebihan gol ternyata membawa tuah membolehka­n Landas Mukah muncul juara kali ini.

Dengan kejuaraan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, Piala Pusingan MuFA dan Piala LSRM 2016 serta medal.

Sementara itu, Tellian Tujunokala sekadar berpuas hati naib johan sekali gus memenangi hadiah berupa wang tunai RM2,500, piala iringan dan medal.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Daro FC dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 piala dan medal.

Hadiah- hadiah disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi pada Majlis Malam Gala LSRM 2016 di sini malam Sabtu lalu.

Pasukan Press Metal GTR muncul pasukan terbaik (Fair Play) menerima hadiah wang tunai RM500 dan sebuah piala manakala Anugerah Penjaring Terbanyak masing- masing menerima hadiah wang tunai RM200 serta piala dimenangi Nareus Martin dari Sarawak Coal dan Leornard William (Tellian Tujunokala).

Kejohanan LSRM 2016 disertai 11 pasukan terdiri Landas Mukah, Tellian Tujunokala, Daro FC, Domaco FT, IPD-M FC, Sarawak Coal, PSKPP Mukah, Press Metal GTR, Ballyers FT, Laan United dan MPG United dari seluruh Bahagian Mukah dilangsung­kan lebih tiga bulan dijangka diteruskan acara tahunan oleh MuFA.

Turut hadir Presiden MuFA Nawabdeen Syed Ahmad, Pengurus FELCRA Hamzah Yak, Timbalan Presiden MuFA merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan LSRM 2016 dan Malam Gala LSRM 2016, Sarjan Ajahar Bakar, Mantan Presiden MuFA, ASP (B) Jamil Othman serta yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Fitri (dua kanan) menyampaik­an hadiah basikal kepada murid yang berjaya mengutip dana RM500 ke atas.
TAHNIAH: Fitri (dua kanan) menyampaik­an hadiah basikal kepada murid yang berjaya mengutip dana RM500 ke atas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia