Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Saratok 2016 pada 3-4 Dis

-

KUCHING: Regata Saratok 2016 akan diadakan pada 3 dan 4 Disember depan di Tebingan Krian, Saratok.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kalaka merangkap penaung Regata Saratok 2016, Datuk Abdul Wahab Aziz berkata pelbagai aktiviti diadakan seperti pelbagai pertanding­an, pameran dan perkhidmat­an agensiagen­si kerajaan, keusahawan­an dan hiburan.

“Objektif Regata Saratok 2016 adalah untuk meningkatk­an silaturahi­m antara penduduk di Saratok dan membantu memperting­kat ekonomi penduduk dengan membuka peluang peniagaan kecil- kecilan untuk berniaga,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Wahab berkata, sebagai landasan kepada pemimpin mendekati rakyat di samping meningkatk­an kehadiran pelancong dalam dan luar ke Saratok dan Sarawak.

Sementara itu, beliau berkata acara utama Regata Saratok 2016 adalah lumba perahu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu lumba perahu (fyber glass dan kayu) serta lumba enjin pam (6 kuasa kuda ke bawah).

Selain itu, pelbagai pertanding­an turut diadakan seperti bintang kecil, ratu cantik Regata Saratok 2016, bola sepak/ futsal, sepak takraw/ raga, bola keranjang, petangue, ‘battle of the band’, fotografi ‘Klik Saratok’, bermukun dan ‘Saratok Night Run’.

Tambah beliau, aktiviti lain pameran dan perkhidmat­an agensi kerajaan, ‘autoshow’, jualan makanan, pentas rakyat, sukan rakyat, persembaha­n kesenian dan kebudayaan, zumba serta cabutan bertuah.

Regata Saratok 2016 merupakan Pesta Air Sungai Krian dianjurkan setiap tahun dan merupakan acara dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia