Utusan Borneo (Sarawak)

Saingan Liga Kuching 2016 kian menghampir­i kemuncak

-

KUCHING: Saingan Liga Kuching LSC 2016 kian menghampir­i kemuncak menyaksika­n perebutan dua jaguh, Petra Giant dan Axis FC menentukan siapa berhak bergelar juara.

Selepas menamatkan tujuh perlawanan, Petra Giant masih gah menerajui carta liga dengan mengumpul 15 mata hasil daripada empat kemenangan dan tiga seri.

Bagaimanap­un, ia masih belum cukup menjamin kejuaraan milik mereka kerana Axis FC masih berpeluang memintas pada saat akhir.

Kemenangan 1-0 ke atas KSK Satok pada Ahad lalu membolehka­n Axis FC menduduki tangga kedua dengan 13 mata namun berbaki satu perlawanan.

Skuad kendalian Shahrizan Sahari itu dinobatkan juara liga sekiranya berjaya menumpaska­n DBKU pada perlawanan akhir dijadualka­n pada 31 Oktober ini di Padang HDC (Perumahan).

Bagi Pengurus Petra Giant, Nazrul Hayat kemenangan 41 ke atas APM FC pada Sabtu lalu memperliha­t keinginan besar skuad itu merangkul kejuaraan.

“Apapun, peluang kita merangkul kejuaraan kini bergantung dengan keputusan perlawanan antara Axis FC dan DBKU. Jika ada rezeki, Petra Giant akan bergelar juara,” katanya.

Sementara itu, keputusan perlawanan lain berlangsun­g minggu lalu menyaksika­n kejutan terus dilakarkan Borneo Island membelasah Al-Malizia (8-2) pada perlawanan berlangsun­g di Padang C, Petra Jaya.

Empat baki perlawanan yang berlangsun­g melibatkan IEM SJN lawan APM FC (27 Oktober), Axis FC lawan DBKU (31 Oktober), KSK Satok lawan IEM SJN (5 November) dan APM FC lawan Borneo Island (6 November).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia