Utusan Borneo (Sarawak)

Miri masih mendambaka­n kemenangan pertama

-

MIRI: Meskipun sekadar seri 1-1 menentang Bintulu FC pada Ahad lalu, pasukan Miri masih mendambaka­n kemenangan pertama saingan kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR).

Ketua Jurulatih Miri, Abu Bakar Amran berkata meskipun berkeputus­an seri beliau amat berpuas hati dengan persembaha­n anak-anak buahnya ketika menerima kunjungan Bintulu FC di laman sendiri Ahad lalu.

“Masih banyak kelemahan perlu diperbaiki terutamany­a di bahagian serangan kerana kita mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol namun rezeki tidak memihak kepada kita,” katanya di sini semalam.

Abu Bakar berkata, Miri belum menghasilk­an kemenangan selepas dua perlawanan menentang Mukah FC (seri 0-0) dan Bintulu FC (seri 1-1).

Bagaimanap­un, beliau yakin anak- anak buahnya mampu memberi kemenangan pertama di tempat sendiri melayan kunjungan Limbang yang merupakan pasukan teratas dalam Kumpulan B.

Menyedari kekuatan pasukan Limbang selepas menang kedua-dua perlawanan menentang Mukah dan Bintulu, beliau tidak mahu pasukan Miri menjadi mangsa kekalahan.

“Kita tahu pasukan Limbang menang kedua-dua perlawanan sebelum ini namun Miri tetap memberi saingan sengit ketika menerima kun- jungan mereka pada Ahad ini (30 Oktober),” jelasnya.

Abu Bakar akan melakukan perubahan dari segi formasi permainan bergantung kepada keupayaan pemain-pemain dengan sistem digunakan menentang Limbang.

“Harapan kita semua pemain menunjukka­n prestasi terbaik menentang Limbang seterusnya menyempurn­akan peluang sedia ada mendapatka­n kemenangan pertama di gelanggang sendiri,” katanya.

Perlawanan berlangsun­g di Padang Kelab Rekreasi dan Petroleum Miri bermula jam 4 petang dan orang ramai dijemput datang bagi memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia