Utusan Borneo (Sarawak)

Warrior HC semakin hampir rangkul kejuaraan sulung Liga Hoki Kuching

-

KUCHING: Wakil dari Miri, Warrior HC semakin menghampir­i kejuaraan sulung Liga Hoki Kuching 2016 yang akan melabuhkan saingan pada penghujung minggu ini.

Skuad dari utara Sarawak itu kini mendahului carta liga dengan mengumpul 21 mata hasil tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Pada aksi minggu lalu, Warrior HC meneruskan rentak cemerlang apaila melakar dua kemenangan.

Mereka menundukka­n PBPHS Junior dengan 13-1 pada Sabtu lalu disusuli membenam seteru rapat, Kuching HC dengan jaringan 6-3 pada Ahad lalu.

“Sebagai jurulatih, saya amat berterima kasih kepada semua pemain Warrior HC yang bekerja keras untuk memastikan kita menang semua perlawanan.

“Terima kasih juga kepada pembantu jurulatih, Anderson Sigat yang banyak membantu saya,” kata Ketua Jurulatih Warrior HC, Rudi Naziri semalam.

Beliau juga berharap semua pemain dapat mengekalka­n momentum sama pada perlawanan akhir menentang Gertaq HC pada Sabtu ini (29 Oktober).

Sementara itu, kekalahan terhadap Warrior HC pada minggu lalu memaksa pencabar utama, Kuching HC menghuni tangga kedua dengan mengumpul 18 mata.

Bagaimanap­un, pasukan itu berjaya membenam Airforce Flystick (4-1) pada perlawanan Sabtu lalu.

Berada di kedudukan ketiga Gertaq HC dengan mengumpul 16 mata hasil daripada lima kemenangan, sekali seri dan sekali tewas.

Airforce Flystick di kedudukan keempat dengan 11 mata disusuli Sarawak Energy berada kedudukan kelima dengan 10 mata.

Sarawak Energy bagaimanap­un masih berpeluang menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan teratas sekali gus melayakkan diri pada Kejohanan Piala Liga Kuching sebaik saingan liga berakhir.

Ini kerana, Sarawak Energy masih mempunyai baki dua perlawanan berbanding Airforce Flystick dengan hanya satu perlawanan. Pasukan itu akan menentang UNIMAS (Sabtu ini) dan Kuching HC (Ahad).

Berada di kedudukan keenam hingga kesembilan PBPHS Junior ( 6), UNIMAS ( 3), Green Hawks (3) dan Hornbill HC (0).

 ??  ?? SENGIT: Bola dilepaskan pemain Airforce Flystick tertampan kaki pemain Hornbill HC semasa perlawanan Liga Hoki Kuching 2016 pada Ahad lalu.
SENGIT: Bola dilepaskan pemain Airforce Flystick tertampan kaki pemain Hornbill HC semasa perlawanan Liga Hoki Kuching 2016 pada Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia