Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Belia U19 landasan kenal pasti pemain terbaik: Alidin

-

LIMBANG: Penganjura­n Liga Belia U19 buat pertama kali di bahagian ini menjadi landasan mengenal pasti pemain terbaik sekali gus bakal mewakili Limbang ke Piala Belia Bawah 19 Tahun di negeri ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Limbang ( LFA), Alidin @ Brahim Tawar berkata kejohanan itu menghimpun­kan belia yang berpotensi dan mempunyai bakat bermain untuk mengalas tanggungja­wab sebagai wakil Limbang apabila dipilih nanti.

Beliau berkata, sebanyak lima pasukan mengibar cabaran pada kejohanan itu yang sedang berlangsun­g untuk merebut mahkota kejuaraan sehingga November nanti.

“Liga Belia U19 medan terbaik LFA mengenal pasti pemain- pemain berbakat diketengah­kan pada Kejohanan Piala Belia bawah 19 Tahun yang diadakan nanti,” katanya ditemui pada Kejohanan Liga Belia U19 antara pasukan Bidang U19 dan Harimau Bara di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.

Turut sama Bendahari LFA Frederick Lalung dan jawatankua­sa tertinggi LFA.

Selain Bidang U19 dan Harimau Bara, pasukan lain menyertai kejohanan itu ialah KSR ABC III, Pedoman Junior dan LBA.

Alidin berkata, sejumlah RM30,000 ditawarkan untuk enam kejohanan berlangsun­g sepanjang Liga Limbang 2016-2017.

Ia membabitka­n Liga Super, Premier, LFA, Veteran, Piala Datuk Amar Awang Tengah dan Liga Belia.

Beliau berkata, penganjura­n Liga Limbang sejak lebih lima tahun satu indikator dan penunjuk aras bahawa Limbang sudah menampakka­n kemajuan membanggak­an dalam sukan bola sepak.

 ??  ?? LIGA BELIA: Alidin (berdiri tiga belas kiri), Frederick (dua belas kiri) bersama pasukan Bidang U19 dan Harimau Bara kelmarin.
LIGA BELIA: Alidin (berdiri tiga belas kiri), Frederick (dua belas kiri) bersama pasukan Bidang U19 dan Harimau Bara kelmarin.
 ??  ?? INTAI JUARA: Petra Giant mengintai kejuaraan Liga Kuching LSC 2016.
INTAI JUARA: Petra Giant mengintai kejuaraan Liga Kuching LSC 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia