Utusan Borneo (Sarawak)

‘Silicon Valley’ Vietnam cetus kepesatan

-

GRADUAN baharu di Vietnam mencari seorang guru bahasa Inggeris?

Ada aplikasi untuk itu, atau mencari semangkuk ‘pho’ terbaik di kawasan kejiranan di Hanoi?

Satu aplikasi juga ada untuk itu.

Sedekad lalu, teknologi sedemikian kemungkina­n telah dimajukan di Silicon Valley, California.

Namun pada hari ini, aplikasi tersebut dihasilkan oleh sektor syarikat teknologi baharu atau ‘startup’ di Vietnam, industri yang didorong pakar teknologi tempatan latihan seberang laut tetapi pulang ke tanah air untuk menerokai peluang.

Pertumbuha­n sektor itu di sebuah negara muda yang mendambaka­n teknologi telah menarik perhatian syarikat asing.

Presiden Francois Hollande baru-baru ini melawat syarikat teknologi Perancis Linkbynet di Kota Ho Chi Minh, hab syarikat teknologi baharu bagi negara komunis itu.

Kebanyakan teknologi di sana, termasuk permainan telefon bimbit yang popular serta perisian edagang, dihasilkan untuk pengguna tempatan di Vietnam, di mana usia median adalah 30 tahun dan sambungan Internet pesat berkembang.

“Pasaran tempatan masih muda tetapi besar dan pesat berkembang, malah tidak diterokai sepenuhnya,” kata Eddie Thai daripada 500 Startups, sebuah perusahaan dengan modal AS$10 juta (RM41 juta) kebanyakan­nya wang asing, untuk dibelanjak­an ke atas perusahaan teknologi bagi pengguna Vietnam atau dibuat oleh pemaju tempatan.

Thai, 31, dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) selepas ibu bapanya meninggalk­an negara sewaktu Perang Vietnam, adalah anggota barisan perintis usahawan yang telah tiba untuk menawarkan kepakaran di negara itu, di mana Intel dan Samsung sudah pun bertapak dalam industri perkakasan. BAKAT TEMPATAN

“Saya asyik ditarik oleh Vietnam, saya melihat bahawa peluang untuk memberi impak dan mengaut keuntungan dengan melakukann­ya adalah lebih besar jika saya pulang lebih awal,” katanya kepada koresponde­n Herv Asquin di Kota Ho Chi Minh, baru-baru ini.

Bagi Thai, perkiraann­ya menjadikan langkah itu mudah difikirkan: 90 juta orang, 45 juta pengguna internet, 30 juta pengguna telefon pintar serta penggunaan internet yang 10 kali lebih tinggi berbanding sedekad lalu.

Beliau tiba pada 2012 untuk bekerja bagi sebuah syarikat korporat, dan akhirnya menyertai 500 Startups, yang telah membiayai perusahaan termasuk aplikasi pembelajar­an bahasa, Elsa, dan platform pembelian tiket dalam talian, Ticketbox.

Aplikasi lain diusahakan di Vietnam termasuk Lozi untuk penggemar makanan dan tukang jahit khas telefon bimbit UKYS, yang tidak ada kaitan dengan syarikat Thai.

Namun kebanyakan bakat adalah tempatan juga - remaja Vietnam berada di hadapan rakan sebaya di AS, Britain dan Sweden dalam matematik dan sains, menurut tinjauan terkini dari Pertubuhan Pembanguna­n dan Kerjasama Ekonomi pada 2012.

Tenaga kerja yang berpendidi­kan itu, yang murah berbanding dengan China atau Singapura, membantu untuk menimbulka­n minat daripada pakar teknologi gergasi seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Sundar Pichai, yang meluangkan masa daripada percutiann­ya pada Disember lalu untuk bercakap kepada usahawan teknologi di Hanoi.

Perangkaan rasmi yang komprehens­if tidak dapat diperolehi. Namun media kerajaan melaporkan pulangan dalam industri khidmat IT dan perisian adalah AS$3 bilion (RM12.3 bilion) pada tahun lepas, daripada AS$2 bilion (RM8.2 bilion) pada 2010, yang memetik persatuan khidmat IT dan perisian Vietnam.

Kerajaan turut menggarisk­an strateginy­a sendiri bagi sektor itu, dan menubuhkan Vietnam Silicon Valley pada 2013 untuk mewujudkan ekosistem inovasi dan pengkomers­ialan teknologi.

Hollande memuji industri itu sewaktu lawatannya ke penyedia khidmat IT Linkbynet, yang diasaskan dalam sebuah garaj di Perancis.

“Apa yang menyentuh saya adalah sifatnya yang global.

“Ia adalah Vietnam tetapi ia adalah persekitar­an global, dengan pelanggan global,” katanya. KEPERITAN

Namun ada pemerhati yang menyatakan pelabur harus berwaspada dengan keriuhan ini, dan memberi amaran tentang kerenah birokrasi serta undang-undang tempatan yang tidak jelas.

“Vietnam mempunyai potensi teknologi yang tersembuny­i tetapi ia mungkin akan memakan masa lima tahun lagi untuk benar-benar mewujudkan syarikat gergasi ini yang mempunyai pengaruh global,” kata Anh- Minh Do dari Vertex Venture Holdings yang berpangkal­an di Singapura.

“Undang-undang perlu lebih bagus, kerajaan perlu lebih menyokong, perlu ada interaksi yang lebih daripada warga Vietnam Amerika, khususnya warga Vietnam California kerana hubungan mereka dengan ‘Valley’.”

Sementara sektor ‘startup’ Vietnam adalah lebih kecil berbanding peserta awal seperti Indonesia dan Malaysia, terdapat harapan bahawa negara itu sedang pesat berubah daripada industri eksport seperti kain atau komoditi seperti kopi.

“Vietnam sudah ada dalam sektor teknologi selama beberapa tahun tetapi sekarang ia sedang meningkat dalam rantaian nilai,” kata Romain Caillaud, pengarah Asia Tenggara bagi syarikat AS FTI Consulting, yang ditemui koresponde­n Jenny Vaughan di Hanoi.

“Sektor itu semakin berkembang kerana Vietnam sedang mengambil langkah strategik dari segi kelebihan kompetitif untuk menarik pelaburan asing.”

Thai mengakui perjalanan kadang-kadang tidak lancar, tetapi dia optimis bahawa budaya ‘startup’ di Vietnam dapat mengatasi keperitan pada waktu perkembang­an untuk melihat kemajuan yang tinggi, walaupun ia lewat beberapa tahun.

“Pada umumnya, Vietnam kadang-kadang berundur satu langkah ke belakang, tetapi dua langkah ke depan. Kita harap dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang, ia akan menjadi bertambah baik.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PAKAR: Seorang lelaki warga Perancis (kiri) antara sebahagian daripada warga asing yang bekerja di syarikat Linkbynet di Ho Chi Minh City, Vietnam.
— Gambar AFP PAKAR: Seorang lelaki warga Perancis (kiri) antara sebahagian daripada warga asing yang bekerja di syarikat Linkbynet di Ho Chi Minh City, Vietnam.
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MENINGKAT: Media kerajaan melaporkan pulangan dalam industri khidmat IT dan perisian adalah AS$3 bilion (RM12.3 bilion) pada tahun lepas, daripada AS$2 bilion (RM8.2 bilion) pada 2010.
— Gambar AFP MENINGKAT: Media kerajaan melaporkan pulangan dalam industri khidmat IT dan perisian adalah AS$3 bilion (RM12.3 bilion) pada tahun lepas, daripada AS$2 bilion (RM8.2 bilion) pada 2010.
 ?? — Gambar AFP ?? PESAT BERUBAH: Sektor ‘startup’ Vietnam adalah lebih kecil berbanding peserta awal seperti Indonesia dan Malaysia, terdapat harapan bahawa negara itu sedang pesat berubah daripada industri eksport seperti kain atau komoditi seperti kopi.
— Gambar AFP PESAT BERUBAH: Sektor ‘startup’ Vietnam adalah lebih kecil berbanding peserta awal seperti Indonesia dan Malaysia, terdapat harapan bahawa negara itu sedang pesat berubah daripada industri eksport seperti kain atau komoditi seperti kopi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia