Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2017 bantu FDAM tangani isu industri filem tempatan

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM80 juta menerusi Bajet 2017 bagi merancakka­n lagi industri kreatif dan penerbitan filem negara dilihat dapat membantu Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) meningkatk­an peranan menangani permasalah­an industri perfileman negara.

Timbalan Presidenny­a Syed Zulkifli Syed Nasir berharap sebahagian peruntukan itu, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, dapat dimanfaatk­an sebagai dana bagi menjayakan kajian filem yang sedang dijalankan FDAM.

Kajian itu untuk mengenal pasti penyelesai­an terhadap isu filem tempatan yang kebanyakan­nya masih gagal memenuhi kehendak penonton dan menembusi pasaran filem luar negara, katanya kepada Bernama.

“Kami sudah selesai penyelidik­an fasa pertama iaitu mengkaji tahap pasaran filem tempatan di dalam dan luar negara dan kini memasuki kajian fasa kedua iaitu merungkai masalah penceritaa­n filem tempatan,” katanya yang menjangkak­an kajian itu dapat disiapkan pada 2018.

Syed Zulkifli, juga seorang pengarah popular dengan nama Syed Zul Tojo berkata kajian fasa kedua itu termasuk penerbitan sebuah filem kajian berjudul ‘Hijabsta Ballet’ yang bakal menemui penonton awal tahun depan.

“Jika berpeluang mendapat dana daripada bajet itu, ia boleh digunakan untuk kajian fasa ketiga iaitu mengkaji cara pengiklana­n dan promosi sesebuah filem termasukla­h filem Hijabsta Ballet ini,” katanya.

Secara keseluruha­nnya, Syed Zulkifli berkata kajian itu bagi mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan dalam penerbitan filem tempatan dan mencari penyelesai­an bagi penghasila­n filem bermutu tinggi dan pecah panggung.

Beliau mengetuai kumpulan pengkaji berkenaan yang terdiri daripada 10 anggota jawatankua­sa FDAM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia