Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Air digesa selesai masalah bekalan air

-

RANAU: Jabatan Air digesa supaya menyelesai­kan masalah bekalan air di kawasan ini dengan segera memandangk­an masih terdapat perkampung­an yang sudah menerima saluran paip namun belum ada air dibekalkan.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, beberapa kampung yang terlibat seperti Kampung Torikon sudah lama mempunyai saluran paip namun sehingga kini masih belum menerima bekalan air bersih.

“Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Pihak berkuasa yang berk- enaan mesti bertindak segera untuk membetulka­n masalah ini kerana penduduk kampung telah menunggu bekalan air terawat untuk masa yang lama.

“Kita mengucapka­n tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Pengarah Jabatan Air baru, Ir Willis Ansoi. Beliau pernah bekerja di Ranau sebagai jurutera. Kami berharap dengan pelantikan itu, dia boleh melihat perkara ini dan menyediaka­n jalan penyelesai­an, memandangk­an dia sudah biasa dengan keadaan di Ranau,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Paginatan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Balairaya Kg Torikon, baru-baru ini.

Sementara itu, Siringan meminta rakyat di daerah ini untuk meneruskan sokongan mereka kepada kerajaan semasa kerana reputasiny­a dalam menyalurka­n keperluan rakyat, terutamany­a kepada mereka yang tinggal di kawasan kampung.

“Kita semakin menghampir­i pilihan raya umum. Selepas pilihan raya sebelum ini, kita dapat melihat bahawa kerajaan setia kepada janji-janjinya, berbanding negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkan­g, di mana pencapaian negerinege­ri yang diperintah kerajaan adalah jauh lebih baik.

“Negeri-negeri yang diperintah oleh parti pembangkan­g seperti Pulau Pinang dan Selangor tidak menunjukka­n prestasi yang baik dalam banyak bidang. Dalam kawasan yang diperintah kerajaan kita dapat melihat pembanguna­n berlaku di kawasan mereka,” katanya.

Turut hadir, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George, Setiausaha Sulit Jaibie Dualis dan bekas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia