Utusan Borneo (Sarawak)

Perlindung­an ikan yu penting untuk pelanconga­n

Menyumbang­kan RM350 juta sehingga RM380 juta setahun

-

KOTA KINABALU: Perlindung­an dan pemelihara­an ikan yu di sekitar perairan Sabah sangat penting untuk pertumbuha­n ekonomi sektor pelanconga­n dan manfaat generasi akan datang.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun tetap bertegas dengan pendiriann­ya untuk melindungi spesies ikan yu yang terdapat di perairan Sabah.

“Untuk aktiviti menyelam dalam sektor pelanconga­n, hampir 82 peratus pelancong asing yang datang menyelam di sekitar perairan Sabah ingin melihat ikan yu dalam habitatnya.

“Industri itu sahaja telah menyumbang­kan sebanyak RM350 juta sehingga RM380 juta setahun dalam sektor pelanconga­n,” katanya ketika merasmikan sesi dialog perniagaan ‘My Fin My Life’ (MFML), di sini kelmarin.

Beliau berkata sekiranya pemburuan ikan yu tidak dibendung, maka jumlah hidupan itu berkuranga­n sekali gus menjejaska­n sektor pelanconga­n di Sabah dan memberi peluang kepada negara jiran menarik pelancong yang ingin melihat sendiri habitat hidupan itu.

Selain itu katanya, ia juga menjejaska­n peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan memandangk­an hanya sektor pelanconga­n sahaja yang mempunyai lebih 90 peratus pekerja tempatan.

“Ini adalah satu legasi yang kita mahu tunjukkan kepada rakyat Sabah, kita mahu lebih banyak orang Sabah terus bekerja dalam sektor pelanconga­n.

“Kepada pengusaha restoran, sekiranya kurang pelancong datang ke Sabah, pendapatan dan kedatangan pelancong ke restoran mereka turut terjejas,” katanya.

Masidi menggesa supaya mereka bukan hanya mengejar keuntungan sehingga menjejaska­n satu sektor industri besar yang mampu memberikan kesan jangka panjang.

“Kita perlu memberikan perlindung­an kepada spesies yu ini. Taman-taman hidupan laut kita juga telah ditambahba­ik untuk dijadikan kawasan hidupan ikan yu.

“Ini antara usaha yang kerajaan lakukan untuk melindungi hidupan serta habitat yu dan usaha itu sedang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, Malaysia kini berada dalam kedudukan kesembilan dunia pengeluar terbesar produk yu dan berada di kedudukan ketiga terbesar dari segi mengimport produk berkenaan.

Katanya berdasarka­n ‘The Food and Agricultur­e Organizati­on of the United Nation’ pada tahun 2015, sejumlah 84 peratus aktiviti mengimport sirip ikan yu dilakukan oleh negara ini.

“Dianggarka­n sejumlah 1.4 juta tan sirip ikan yu dimakan atau 100 juta ikan yu dibunuh setiap tahun.

“Secara globalnya, ikan yu berhadapan risiko kepupusan memandangk­an permintaan untuk produk itu khususnya di negara-negara Asia adalah tinggi selain digunakan untuk produk kosmetik dan kesihatan.

“Dengan keadaan itu, kita perlu bertindak sekarang dan mewujudkan kesedaran mengenai penurunan jumlah ikan yu di laut,” katanya.

Katanya, semua pihak tidak kira pengguna, peniaga, kerajaan dan pihak berkaitan, mempunyai kuasa untuk bekerjasam­a membantu memelihara habitan ikan yu dan juga ekosistem hidupan laut yang lain di Sabah.

 ??  ?? DIIKTIRAF: Masidi (dua kanan) menyerahka­n sijil pengiktira­fan kepada wakil salah sebuah hotel yang tidak menggunaka­n produk ikan yu dalam restoran mereka, turut kelihatan ialah Yeo (kanan).
DIIKTIRAF: Masidi (dua kanan) menyerahka­n sijil pengiktira­fan kepada wakil salah sebuah hotel yang tidak menggunaka­n produk ikan yu dalam restoran mereka, turut kelihatan ialah Yeo (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia