Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Kubis di Kundasang pada 9-11 Disember

-

RANAU: Orang ramai berpeluang menyaksika­n dan menyertai pelbagai acara yang bakal diadakan sempena Pesta Kubis di Dataran Budaya Pekan Kundasang dan beberapa lokasi sekitarnya pada 9-11 Disember, bermula jam 7 pagi.

Pengerusi pelaksana Wasry Tarijin berkata, pesta itu tahun ini dijangka berlangsun­g meriah dengan pelbagai acara baharu berbanding tahun sebelumnya, di mana antara acara tahun ini termasukla­h Pertanding­an Futsal Terbuka, Pemeriksaa­n Kesihatan, Seminar Pengendali­an Racun Perosak, selain pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Menurutnya, acara sukan lasak seperti Pertanding­an Motorcross 2X2, Pertanding­an Kenderaan Lasak Pacuan Empat Roda (4x4), Pameran Kereta Antik Volkswagen, Pertanding­an Auto Show, Pertanding­an Tarik Tali dan Pertanding­an Sayuran Segar Tanah Tinggi juga bakal mewarnai Pesta Kubis tahun ini.

“Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembaha­n kebudayaan termasuk persembaha­n para artis jemputan.

“Penganjur turut mengadakan pertanding­an Bintang Kanak- Kanak dan mewarna gambar kategori kanak-kanak,” katanya.

Wasry berkata pertanding­an futsal akan diadakan pada 2-4 Disember. Justeru, mereka yang berminat boleh menghubung­i pihak penganjur untuk keterangan lanjut atau beliau sendiri.

“Buat julung kalinya, jawatankua­sa penganjur akan mengadakan larian ‘ Kundasang Kembaratho­n 2016’ di mana peserta bakal dilepaskan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga ADUN Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

“Sementara perasmian Pesta Kubis akan disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin pada 10 Disember jam 11 pagi,” katanya ketika ditemui sewaktu bersama jawatankua­sa penganjur pesta itu melakukan kunjungan ke atas Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin, baru-baru ini.

Beliau berkata pertanding­an masakan kubis dan jualan lelong sayuran segar tanah tinggi Kundasang turut diadakan, yang dikelolaka­n oleh Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputera Kundasang (PPPSBK) melibatkan JKKK dari 18 kampung.

Tambahnya, pertanding­an mencipta kertas kerja pertanian dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) turut diadakan.

 ??  ?? SELAMAT: Anggota bomba meninjau pokok yang menghempap rumah berkenaan sebelum memulakan operasi menebang.
SELAMAT: Anggota bomba meninjau pokok yang menghempap rumah berkenaan sebelum memulakan operasi menebang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia