Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK jamin bekalan minyak masak mencukupi

-

PUTATAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Sabah memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di negeri ini mencukupi.

Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sulaiman berkata, berdasarka­n pemantauan yang dijalankan bekalan minyak masak bagi bandar raya ini sahaja adalah sebanyak 191.41 tan metrik sebulan.

“Mulai minggu lepas lagi, kita sudah melaksanak­an operasi pemantauan di setiap pemborong minyak masak rentetan apa yang berlaku di Semenanjun­g.

“Kebanyakan tempat yang kita lawat juga terutamany­a di pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak masih ada dan kita jangkakan jumlah bekalan ini akan terus bertahan sehingga stok seterusnya tiba,” katanya pada sidang media pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna supaya tidak mudah mempercaya­i dakwaan kekurangan keperluan asas berkenaan dan berharap pengguna dapat meneruskan perbelanja­an bahan itu secara berhemah.

Selain itu katanya, bekalan barang terkawal yang lain seperti gula dan tepung juga masih mencukupi dan tiada sebarang aduan berkaitan kekurangan bekalan dari bandar hingga kawasan pedalaman negeri ini.

“Semua keadaan terkawal dan berharap pengguna tidak panik kerana kita sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa termasuk bekerjasam­a dengan pelbagai pihak.

“Justeru, kita harapkan agar semua pihak dapat memberi sokongan bagi memastikan tiada isu seludup barangan terkawal. Pihak kita tidak akan berkomprom­i berkaitan isu sebegini melainkan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Mengenai pelancaran skim kawalan harga pula, Yahya berkata ia akan berkuat kuasa bermula 19 Oktober hingga 1 November tahun ini sempena sambutan perayaan Deepavali.

Katanya, sebanyak 18 jenis barangan harga kawalan iaitu ayam, telur, sayuran, tomato, cili merah, kelapa, bawang merah, bawang besar, ubi kentang import dan kacang dhal.

Setakat ini skatanya, setiap barangan kawalan itu didapati masih dijual pada harga yang jauh lebih murah jika dibandingk­an dengan harga kawalan yang dikenakan.

“Justeru, kita harapkan semua peniaga dapat meneruskan kawalan harga seperti ini bagi membantu pengguna mengurangk­an kos sara hidup terutamany­a pada musim perayaan seperti ini,” jelasnya.

Sementara itu, Yahya berkata sebanyak tiga kes kesalahan yang dikenal pasti sejak bulan ini melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akibat gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Skuad Pengguna Negeri Sabah Aminah Ambrose.

 ??  ?? SUMBANGAN: Siringan menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang warga emas.
SUMBANGAN: Siringan menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia