Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Seri Puteri perkenal sistem bayaran dalam talian, SPeT

-

CYBERJAYA: Sekolah Seri Puteri muncul sebagai sekolah berasrama penuh (SBP) yang pertama di negara ini memperkena­lkan sistem bayaran dalam talian berkaitan urusan pendaftara­n pelajar yang dikenali sebagai Seri Puteri e-Terima (SPeT).

Pengarah Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan Kementeria­n Pendidikan Datuk Rashidah Md Arif berkata sistem itu memudahkan ibu bapa kerana mereka tidak perlu lagi beratur ketika hari pendaftara­n untuk membuat bayaran. Sistem bayaran terbaharu hasil kerjasama Sekolah Seri Puteri bersama Bank Islam Malaysia Bhd itu akan melibatkan pembayaran makan di asrama, koperasi dan bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tahun semasa, katanya.

“Ibu bapa tidak perlu membawa wang tunai pada hari pendaftara­n kerana semua bayaran telah dibuat pada hari sebelumnya secara dalam talian.

“Oleh itu urusan pendaftara­n akan lancar, cepat serta efisien khasnya semasa pendaftara­n murid- murid bagi pelajar tingkatan 1 pada tahun hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan SPeT di sekolah berkenaan di sini semalam.

Pengetua SSP Nor Aishah Abdullah berkata SPeT adalah kaedah pembayaran yang lebih sistematik tanpa menggunaka­n slip bank seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Memahami kekangan masa yang dihadapi oleh ibu bapa masa kini, produk ini diharap dapat menjadi pilihan alternatif bagi menjimatka­n masa dan mengelakka­n kesesakan di kaunter pembayaran pada hari pendaftara­n,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Naib Canselor Management and Science University Puan Sri Prof Dr Junainah Abd Hamid dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Dr Azizan Baharuddin merupakan antara penerima anugerah darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Kedua-dua mereka menerima darjah kebesaran itu dalam istiadat pengurniaa­n di Istana Negara di sini, semalam bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ia menyaksika­n 299 individu menerima pelbagai Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2016 ber sempena hari keputeraan itu yang disambut pada 4 Jun lepas.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu.

Penerima lain PJN ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong, Sarawak, Datuk Ding Kuong Hiing; Pengarah Unit Khas Strategik Jabatan Perdana Menteri Datuk Roslan Abd Rahman dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Amalena Sharmila Johan Thambu.

Yang lain ialah Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Datuk Kapten Sharuddin Omar; bekas Presiden Dong Zong, Quek Chee Hiang @ Quek Suan Hiang; Setiausaha Eksekutif Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Awang Bujang Awang Antek dan doktor perubatan, Datuk G. Leelavathi.

Pada istiadat sama, Tuanku Abdul Halim turut mengurniak­an Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada lapan penerima termasuk Deputi Komisioner Polis, Datuk Mohd Zakaria Ahmad; Laksamana Pertama (Maritim) dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontijen Polis Sabah Datuk Rorete Sagon.

Sementara itu, 38 penerima dikurniaka­n darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), 85 individu dikurnia Ahli Mangku Negara (AMN) dan 159 lagi dikurnia Pingat Pangkuan Negara (PPN). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia