Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak hidap penyakit leukemia perlukan bantuan

Pendapatan bapa hanya RM600 hingga RM1,000 sebulan

-

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki menghidap penyakit leukemia (All Pre B) memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan yang tinggi.

Muhammad Fazzren Isqandar Mohamad Firdaus, 2, dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena di sini dipercayai menghidap penyakit berkenaan pada Ogos lalu selepas membuat pemeriksaa­n berikutan mengalami demam yang lama.

Ayahnya, Mohamad Firdaus Ismail, 32, berkata anak sulung daripada dua beradik berkenaan berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam yang lama, selain muntah apabila diberi makan.

“Jika dia makan, mesti dia akan muntah balik dan keadaannya semakin hari semakin lemah, jadi saya dan isteri, Noor Malawaty Baharom, 27, membawa anak ke hospital untuk menjalanka­n pemeriksaa­n sebelum doktor mengesahka­nnya menghidap leukemia pada 27 Ogos lalu.

“Dia perlu dibawa ke Hospital Pulau Pinang dalam tempoh ditetapkan bagi mendapatka­n rawatan kerana tiada doktor pakar berkaitan penyakitny­a di Kedah, jadi ia menelan kos yang sangat tinggi,” katanya kepada Bernama semalam.

Mohamad Firdaus berkata selain itu, bahagian mata kanan anaknya juga tidak nampak selepas diselaputi selaput dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang selaput berkenaan.

“Kini, anak saya dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kos rawatan yang ditanggung tidak mencukupi, kerana saya hanya bekerja kontrak dan hanya mampu memperoleh sekitar RM600 hingga RM1,000 sebulan.

“Isteri pula tidak bekerja kerana perlu menjaga anak kedua Nur Fazrina Azzahra, 11 bulan. Dalam tempoh hampir tiga bulan ini, saya telah membayar RM12,000 untuk menampung kos rawatan, kos perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dan membeli barang keperluan anak,” katanya.

Tambah Mohamad Firdaus, dia perlu menampung sendiri kos perjalanan ulang- alik ke Hospital Pulau Pinang dan hanya diberi bantuan ambulans apabila berlaku kecemasan.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i Mohamad Firdaus di talian 017-5886033 atau menyalurka­n derma melalui akaun CIMB beliau, 7047781722 @ 0211003645­1524. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DERITA: Muhammad Fazzren dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat Alor Setar dikesan menghidap penyakit leukimia Ogos lalu.
— Gambar Bernama DERITA: Muhammad Fazzren dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat Alor Setar dikesan menghidap penyakit leukimia Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia