Utusan Borneo (Sarawak)

Program 48 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2016 bermula

-

CYBERJAYA: Program 48 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2016 iaitu pertanding­an pembanguna­n aplikasi atau produk berasaskan data terbuka dalam kalangan penjawat awam, industri, universiti awam dan pelajar sekolah menengah, bermula semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun ketika merasmikan pertanding­an itu di sini, berkata program itu menyediaka­n ruang perkongsia­n ilmu ke arah meningkatk­an kualiti perkhidmat­an digital dalam perkhidmat­an awam.

Menurutnya, persekitar­an data terbuka membolehka­n data sedia ada digunakan untuk analitis data yang lebih berkesan, serta menjadi wadah bagi mendapatka­n maklum balas daripada orang awam secara interaktif dalam pelbagai media.

Entulu berkata hasil analisis penarafan global Open Data Barometer 2015 menunjukka­n Malaysia kekurangan atau ketiadaan set data tentang jenayah, pendaftara­n syarikat dan prestasi sektor kesihatan.

“Saya berharap program Hackathon ini dapat menghasilk­an analitis data secara sistematik untuk kesinambun­gan pelaksanaa­n Data Terbuka dan Analitis Data Raya sektor awam di masa hadapan,” katanya.

Seramai 132 orang yang mewakili sektor awam, industri, universiti awam dan sekolah menengah mengambil bahagian dalam Hackathon Data Terbuka 2016 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancan- gan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu.

Entulu berkata sebanyak 1,336 set data terbuka telah tersedia dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam dan berharap sasaran sebanyak 1,500 set Data Terbuka dapat dicapai sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata Jabatan Perangkaan Malaysia, Pusat Infrastruk­tur Data Geospatial Negara (MaCGDI) dan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar merupakan agensi pembekal utama set Data Terbuka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia