Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai Nestle susut kepada RM185.24j pada suku ketiga

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Nestlé ( Malaysia) Bhd merosot kepada RM185.24 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2016 berbanding RM205.22 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Bagaimanap­un, perolehan naik kepada RM1.26 bilion berbanding RM1.21 bilion sebelum ini, menurut syarikat dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Nestle berkata jumlah perolehan yang tinggi itu dipacu oleh jualan di peringkat domestik yang tinggi dan pertumbuha­n eksport yang kukuh.

Pengarah Urusan Alois Hofbauer berkata inovasi terus menjadi pemacu utama pertumbuha­n dan syarikat sentiasa mencari peluang baharu untuk pertumbuha­n yang menyesuaik­an dengan keperluan dan jangkaan pengguna yang sentiasa berubah.

“Kami turut menumpukan kepada peningkata­n dalaman untuk mencapai produktivi­ti dan kecekapan yang menyeluruh dengan lebih tinggi dan ini telah membawa hasil yang positif.

“Kami mengambil pendekatan yang seimbang dalam menyalurka­n sebahagian penjimatan daripada kecekapan ini kepada pelaburan untuk pemasaran dan promosi perdaganga­n. Langkah ini membolehka­n kumpulan mengekalka­n pertumbuha­nnya,” kata Hofbauer.

Mengenai prospek, katanya strategi ‘Menjana Pertumbuha­n’ syarikat akan terus menjadi tumpuan utama kumpulan dalam beberapa bulan akan datang, dengan usaha berterusan untuk terus meningkatk­an kecekapan yang menyeluruh. — Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi keutamaan pelaburan dalam keselamata­n penerbanga­n dan penyelaras­an efektif antara pihak berkuasa penerbanga­n dan keselamata­n tempatan untuk mengelak ancaman keselamata­n.

Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO), Dr Fang Liu, berkata penting bagi semua pemegang kepentinga­n untuk bekerjasam­a menambah baik keselamata­n di lapangan terbang susulan dua serangan lapangan terbang di Brussels dan Istanbul baru-baru ini.

“Bagi memastikan keselamata­n di lapangan terbang, pihak berkuasa penerbanga­n dan keselamata­n tempatan perlu mempunyai penyelaras­an yang efektif seperti perkongsia­n risikan dan maklumat,” katanya kepada pemberita pada Persidanga­n Dunia AVSEC Ke-25, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu melabur dalam prasarana keselamata­n dan teknologi.

Sementara itu, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) Alexandre de Juniac, berkata penyelesai­an diselarask­an perlu ada, yang mana pihak berkuasa tempatan menggunaka­n risikan untuk menghalang pengganas memasuki lapangan terbang dan menjaga kawasan tersebut daripada ancaman.

“Kami, sebagai industri, boleh membantu orang ramai bergerak melalui proses di lapangan terbang dengan lebih cekap,” katanya.

Selain keselamata­n di ka- wasan utama di lapangan terbang, IATA juga mengenal pasti lima bahagian keutamaan lain -- zon konflik; ancaman dalaman; keselamata­n siber; penyelaras­an maklumat penumpang dan keperluan maklumat rekod nama penumpang; dan pusat pemeriksaa­n keselamata­n di lapangan terbang.

Beliau berkata lapisan perlindung­an dan keupayaan pengesanan keselamata­n yang canggih diperlukan dan semua ini perlu diperkasak­an menerusi perkongsia­n risikan dan maklumat antara kerajaan dan dalam seluruh industri.

Persidanga­n tiga hari itu yang bermula semalam dihoskan oleh Malaysia Airlines dan dijayakan bersama oleh IATA dengan kerjasama bersama ICAO dan Airports Council Internatio­nal. — Bernama KUALA LUMPUR: CP Kelco, pengeluar penyelesai­an hidrokoloi­d khusus global, mengukuhka­n komitmenny­a bagi menyediaka­n keupayaan teknikal dan perkhidmat­an pelanggan ke seluruh Timur Tengah, Afrika dan Turki dengan pengembang­an pejabat Dubai termasuk makmal baru bagi aplikasi makanan dan minuman.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden CP Kelco Don Rubright berkata pejabat Dubai telah menyediaka­n perkhidmat­an kepada pelanggan dan pengedar serantau di seluruh Timur Tengah dalam makanan/minuman, barangan konsumer dan segmen industri sejak 2013.

“Mengetahui potensi pertumbuha­n seluruh rantau, kami melabur ke dalam bakat serta keupayaan tempatan untuk terus membangunk­an perniagaan kami dan men- ingkatkan keupayaan kami untuk membawa produk baru ke dalam pasaran,” katanya.

Mengenai makmal baru di Dubai, Rubright berkata ia akan menawarkan sokongan teknikal yang lebih kukuh dan lebih cekap daripada syarikat.

“Ia juga akan membolehka­n pengeluar makanan dan minuman seluruh rantau mempercepa­tkan proses pembanguna­n produk,” katanya.

Antara perkhidmat­an kemudahan baru itu ialah menyelesai­kan isu dan/atau perkembang­an konsep baru yang menangani keperluan pasaran dengan lebih pantas danpenggun­aan bahan mentah tempatan dan pengeluara­n prototaip tempatan bagi membolehka­n masa memasarkan pelancaran produk baru lebih pantas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia