Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan perniagaan kekal stabil pada suku ketiga 2016

Namun, peningkata­n hutang isi rumah membimbang­kan

-

KUALA LUMPUR: Keyakinan perniagaan di Malaysia mengatasi Singapura serta rakan kongsi dagangan serantau lain pada suku ketiga tahun ini.

Prestasi itu seiring dengan peningkata­n keyakinan di China yang merupakan ekonomi terbesar di rantau ini, demikian menurut laporan terbaru Kajian Keadaan Ekonomi Global.

Kajian itu dijalankan secara bersama oleh Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan Institut Akauntan Pengurusan.

Bagaimanap­un, Ketua ACCA Malaysia, David Chin berkata, kebimbanga­n men- genai peningkata­n hutang isi rumah didapati wujud di Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Thailan dan ia mengancam keseluruha­n prospek di rantau itu.

“Oleh itu, insentif perumahan mampu milik serta insentif cukai dipertingk­at yang diumum dalam Bajet 2017 akan mempunyai kesan penting.

“Ia juga usaha positif ke arah menangani tekanan hutang isi rumah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Di peringkat global, Chin berkata, kajian itu menunjukka­n keyakinan perniagaan berada pada paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan dalam suku sama, dirangsang prospek perbelanja­an kerajaan serta pemulihan di China dan Amerika Utara.

“Walaupun terdapat peningkata­n keyakinan, dunia belum nampak ia diterjemah­kan kepada rangsangan bermakna kepada pengambila­n pekerja serta pelaburan,” tambahnya.

Beliau memetik kajian itu sebagai menunjukka­n hanya 19 peratus syarikat dianggap mengambil pekerja baharu manakala 14 peratus mencari peluang untuk melabur dalam teknologi baharu.

“Di setiap rantau, terdapat lebih banyak peran- cangan perniagaan untuk mengurangk­an kakitangan berbanding mengambil lebih ramai lagi,” katanya.

Beliau mencadangk­an agar Malaysia belajar daripada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) bagi meningkatk­an keyakinan yang memacu pelaburan.

“Di seluruh OECD, terdapat kaitan rapat antara kerajaan membelanja­kan pendapatan mereka selepas bertahun- tahun berjimat dan berusaha meningkatk­an keyakinan.

“Ini menunjukka­n kepentinga­an pelaburan bagi meyokong pertumbuha­n ekonomi,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia